• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Mushroom soup by birthday boy

17/09/2022

Baru birthday boy plan nak bersenang-lenang, depa request mushroom soup pulak. Nak breakfast cicah roti katanya.

Mujurlah aku champion juga bak masak-memasak ni. Pernah viral resepi mushroom soup aku ni tau. Nah aku share resepi kalau kau nak cuba.

Bahan diperlukan:

200-300gm (lebih kurang 7-10 biji) cendawan butang atau shitake saiz sederhana dihiris nipis. Boleh campur yang putih dan yang brown tu kalau nak.

90gm butter atau marjerin.

1 biji bawang besar Holland- dipotong dadu kecil.

1 ulas bawang putih – diketuk

1 liter stok ayam (aku guna kiub ayam maggi 1 ketul) didihkan air dan masukkan kiub tadi kemudian ketepikan.

1/2 cawan krim atau 1 cawan susu segar/cair (mana-mana yang ada)

3-4 sudu besar tepung gandum (ikut kepekatan yang digemari)

Lada hitam dan garam secukup rasa.

Cara nak buat dia:

1. Panaskan butter tadi di dalam periuk dan masukkan bawang besar dan bawang putih tadi. Tumis seketika sampai bawang layu (caramelized) dan jangan sampai bawang bertukar warna. Kemudian masukkan cendawan butang yang dihiris nipis tadi dan kacau selama 2-3 minit.

2. Lepas tu masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sebati dan terus masukkan stok ayam tadi lalu kacau sebati dan biarkan mendidih. Selepas mendidih, ketepikan dan biarkan sejuk seketika.

3. Guna “food processor” atau “blender” dan kisar sup tadi sehingga halus dan masukkan kembali sup tadi ke dalam periuk. Lepas tu masukkan krim atau susu dan biarkan mendidih. Dah mendidih terus matikan api. Perasakan dengan garam dan lada hitam.

Siap.

Ceduk dan hidangkan dalam mangkuk lawa: https://shp.ee/h2g6ijb

Paling sedap cicah dengan garlic bread. Kalau takde maka toast sahaja roti putih tu biar rangup. Aku suka potong kecil roti tu dan masukkan dalam sup supaya anak-anak senang nak makan.

Selamat mencuba.

#superdaddy

#mushroomsoup

P/S: Banyak lagi resepi mudah aku dapat dilihat di Instagram @mynameiskhairul

Share

Blog

Ruqaiyah Rahman



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved