• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Tomyam Mudah dan Sedap

16/01/2019

Tadi saya masak tomyam untuk makan malam.

Ya Robbi, senang ya amat.  Sedap pulak tu.  Nampak saja bodo, pucat dan malu-malu alah tomyam putih ni, tapi sedapnya ya ampun.

Rasa masam-masam manis yang diselang dengan pedas tu cukup untuk membuat kau berpeluh.  Ya Allah, hanya aku yang masak ni sahaja tahu betapa sedapnya.  Jadi tiada siapa boleh pertikaikan.  Hahaha.

Dah ler sedap, mudah dan cepat pulak tu.  Tak sampai 15 minit dah siap.

Tomyam ni kunci kesedapan dia adalah keseimbangan antara rasa masam, masin manis dan pedas tu.  Kalau korang pandai ejas keempat-empat rasa tu maka tak usah gusar lagi.  Pasti tomyam korang akan hensem dan digilai ramai.

Tadi sambil dukung baby pun saya boleh siapkan tomyam ni tau.  Nampak?  Memang sebab saya terrer satu hal, tapi sebenarnya cara buat dia tu mudah sangat.

Nah resepinya, kalau tak bagi nanti ramai pulak yang mintak.  Lepas tu tag lah laki korang suruh dia buatkan.  Benda mudah jer kot.

***

Bahan-bahan

1 ketul dada ayam dipotong dadu
3 ekor udang dibelah belakang dan bersihkan
3 ekor sotong dipotong kecil
3 helai daun limau purut diramas-ramas
3 batang serai diketuk ketampi
1 biji limau nipis saiz L, kalau saiz S mungkin perlu 2 biji
3-5 biji cili padi, ketuk atau belah pun boleh
3 sudu besar sos ikan Cap Sotong
1 kiub pati ayam brand apa pun takpe
1 batang daun ketumbar asingkan daun dan batang
1 batang daun bawang dipotong kecil
1 biji tomato dibelah 4
1 biji bawang Holland dibelah 8, bawang India tak ngam okeh.

Cara penyediaan

1. Masukkan 1.5 liter air bersama kiub ayam dan serai yang diketuk ke dalam periuk dan fire up orang putih kata, api besar pun takpe, cepat sikit.  Jangan sampai terbakar bulu hidung sudahlah.

2. Dah mendidih masukkan ayam yang dipotong kecil, daun limau purut, cili padi, sos ikan dan perahan limau nipis serta batang daun ketumbar.  Kalau yang suka tomyam merah, boleh masukkan pes tomyam yang korang ada tu barang sesudu besar.  Kacau sekejap agak-agak seminit lebih.

3. Lepas tu bersegeralah masukkan udang, sotong, tomato dan bawang tadi lalu terus tutup api namun jangan tutup periuk.

4. Ambil nafas sekejap, cari mangkuk dan langsung hidangkan dengan taburan daun ketumbar dan daun bawang.

Selesai.

P/s: Garam tak perlu sebab masin datang dari kiub ayam dan juga sos ikan.  Tapi kalau korang letak kuah lebih, kurang masin maka pandai-pandai lah letak garam yer.

Nikmatilah ia dengan nasi atau koewteow atau juga bihun.  Boleh juga dihirup begitu sahaja.  Cuma jangan cicah roti sudahlah.

#resepisuperdaddy

Share

Cooks  / Recipes

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved