• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Megi Kari Sotong oleh SuperDaddy

12/02/2020

Dah boring makan nasi, kita makan megi lah pulak.

Nindia, Megi Kari Sotong oleh SuperDaddy Khairul Abdullah.

Bahan-bahan yang perlu dikorbankan.

1 pek mee segera perisa kari, wajib ada.
3 ekor sotong, saiz ikut suka.
1 biji telur, cari sampai jumpa.
2 tangkai sawi, dipotong sahaja.
½ biji tomato kalau ada.
1 ketul tauhu goreng, juga kalau ada.
1 ulas bawang putih mesti ada.
¼ ulas bawang besar harus ada.
Cili merah, daun bawang dan daun sup untuk hiasan mengada-ngada.

Cara melaksanakan projek ini:

1. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak dan kemudian masukkan 400ml air.  Biarkan mendidih.

2. Dah mendidih masukkan megi biar 2 minit dan keluarkan masukkan dalam pinggan atau mangkuk.

3. Masukkan perencah dan sotong dalam air mendidih tadi, kacau sekejap.

4. Masukkan sayur sawi bersama hirisan bawang besar, hirisan tomato dan juga tauhu.

5. Terus masukkan telur dan kacau.

6. Tutup api dan tuangkan semuanya dalam pinggan/mangkuk megi tadi.  Hiaskan dengan daun sup dan daun bawang serta cili.

Sekian.

#ResepiSuperDaddy
#MegiKariSotong

Share

Cooks  / Recipes

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved