Asyik siakap stim limau jer, apa kata buat style lain pulak. Dengan modal kurang RM10, kali ni kita buat siakap Chinese Style lah. Budak-budak kecik pun suka ni, tak pedas.
Jomlah cuba resepi Siakap Steam Chinese Style oleh Superdaddy Khairul Abdullah ni. Mudah sangat.
Asalnya aku nak buat stim limau jugak, sebab tu ada limau dan serai daun limau purut tu.
Bahan-bahan untuk projek kali ini ialah:
1 ekor ikan siakap, dibersihkan
2 inci halia muda
1 pokok daun ketumbar
1 pokok daun bawang
1 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2 sudu kicap
1 sudu minyak bijan
4 sudu minyak masak
½ sudu gula
1 sudu garam
Cara melaksanakan projek ini:
1. Taburkan garam pada ikan bagi rata, ketuk 2 ulas bawang putih dan masukkan dalam perut ikan dan potong sedikit halia susun atas ikan. Masuk dalam periuk dan stim 9 minit.
Potong dan susun daun bawang atau serai pun boleh so ikan tak melekat kat bekas, rasa dan bau dia pun meresap masuk ke ikan jugak.
Sedih betul tengok halia aku tu, tapi takpe, bau dan rasa masih sama.
Masukkan dalam periuk stim. Pehal kecik sangat periuk aku ni, ikan kecik ni pun tak lepas.
2. Sementara ikan distim, masukkan 2 sudu kicap, 1 sudu minyak bijan, ½ sudu gula dan 5 sudu air suam dalam satu bekas dan kacau sebati. Gula tu taknak letak pun takpe kalau guna kicap manis. Kemudian asingkan.
Kicap 2 sudu, minyak bijan 1 sudu minyak lain tak mau, tak best sebab tak bau. Kalau kau pakai kicap manis boleh skip gula tu. Campur air suam dalam 4-5 sudu dan kacau.
3. Potong halus memanjang halia, daun bawang, daun ketumbar dan cili merah. Asingkan.
Kau potong atau racik halus cili, halia, daun bawang. Limau tu hiasan jer.
4. Ikan dah siap stim, keluarkan dari periuk, buang lebihan air. Letaklah atas pinggan atau bekas hidang paling cun dan kemudian taburkan daun ketumbar, daun bawang, halia dan cili merah tadi atas ikan.
Ginilah kejadian selepas letak bahan-bahan.
5. Tuang bancuhan kicap dan minyak bijan tadi sekeliling ikan.
Tuang bancuhan kicap tadi.
6. Potong 3 ulas bawang putih dan tumis dengan 4 sudu minyak masak tadi. Dah kekuningan, terus tuang minyak dan bawang putih ke atas ikan tadi. Minyak ni yang panas menggelegak tu tuang atas ikan tu yer, jangan tunggu sejuk pulak.
Tuanglah minyak bawang putih yang panas menggelegak atas dedaunan tu.
7. Siap dan hidangkan.
Tediaaaa.
Sedap weh. Yum yum.
Oihh mudah kemain kan?
Sedap weh, menyesal aku beli sekor jer, anak yang makan banyak. Weekend ni kena repeat ni.
Korang cubalah.
#ResepiSuperDaddy
#SiakapSteamChineseStyle







Leave A Reply