• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Masakan Ayah Paling Istimewa

17/02/2020

Rasanya hampir semua ayah kita pernah masak kan?

Masakan ayah biasanya lebih istimewa.  Walaupun dia masuk dapur sekali sekala, walaupun hanya satu menu sahaja yang dia masak sepanjang hidup dia untuk kita, pasti itulah yang paling istimewa.

Kita sentiasa mengenang akan kelazatannya.

Walaupun masakan mak tetap paling champion, paling sedap namun masakan ayah paling istimewa, hatta telur goreng bersama nasi panas dan kicap sahaja yang dia hidangkan.

Kita kagumi, kita hargai.  Bukan kerana rasa, tetapi kerana effort atau usaha seorang ayah memberi makan kepada anaknya.  Juga kasih sayang yang menelusup ke hati bersama hidangan yang dijamah kita.

Begitulah.

Jadi, wahai para ayah sekalian, cubalah masuk dapur sekali sekala.  Kalau selalu pun apa salahnya.  Masaklah sesuatu buat anak-anak, agar ia bisa jadi kenangan buat mereka.

Tak perlu pandai masak, tak perlu masak yang susah-susah.  Masak nasi, megi, sardin, goreng nasi, goreng mee atau bihun atau buat spaghetti, semuanya ni adalah masakan mudah.

Anak-anak pasti bahagia walaupun kali pertama atau kedua masakan kita, tak lepas nak ditelannya.  Namun effort yang ketiga pasti akan membuahkan hasilnya.

Sesungguhnya, masakan itu juga adalah sejenis kasih sayang yang didambakan oleh anak-anak dan juga ibu mereka.

Cubalah.

Cipta memori dan buatkan mereka bahagia.

KHAIRUL ABDULLAH
#SuperDaddy

Share

Blog

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved