Isu #RoadToJannah ni aku dah tulis dalam buku aku dulu.
Kisah suami raja dalam rumahtangga ini ialah isu Partriaki.
Sejenis sistem sosial dan budaya yang didominasi oleh lelaki. Bukan budaya kita sahaja, banyak budaya bangsa lain di dunia ni pun sama. Kaum lelaki mendominasi segalanya.
Malangnya sistem ini diteruskan atau dipanjangkan secara turun temurun oleh wanita sendiri. Anak lelaki dilebihkan dalam segala hal manakala anak perempuan berhempas pulas diajar dan diarah untuk melakukan segala hal berkaitan rumahtangga.
Natijahnya, kitaran ini berterusan. Yang lelaki kekal menjadi raja di dalam rumahtangga. Yang perempuan terus memerah tenaga mengurus semuanya.
Perkahwinan adalah tentang perkongsian dan juga teamwork.
Berkongsi penat lelah, berkongsi senang susah, berkongsi bahagia dan derita. Sama-sama bekerja memudahkan urusan rumahtangga. Kerja secara teamwork akan menjadi lebih cepat. Akan ada lebihan masa untuk setiap ahli keluarga melepas lelah dengan cara masing-masing selepas itu.
Perkahwinan juga adalah tentang keadilan.
Jika si suami mendapat layanan seperti sang raja, maka si isteri wajib mendapat layanan seperti sang permaisuri. Jika anak lelaki dilayan sebagai sang putera maka anak perempuan wajib dilayan seperti sang puteri.
Adilkan begitu?
Keadilan tidak akan membebankan perasaan sebelah pihak yang mengundang kepada perasaan ketidakpuasan hati dan juga tekanan. Isi rumah akan bahagia di dalam sebuah keluarga yang adil.
Jadi, hiduplah untuk saling melengkapi, saling berkongsi. Pastikan setiap ahli di dalam keluarga menerima layanan seadilnya.
“Sebaik-baik manusia adalah manusia yang memudahkan urusan manusia yang lain.”
Jomlah kita sama-sama saling membantu dalam rumahtangga.
Barulah dapat sama-sama berpimpin tangan menuju syurga.
KHAIRUL ABDULLAH
#SuperDaddy
#RoadToJannah
Leave A Reply