Aku sibuk gila seminggu dua ni.
Hanya tumpu pada kerja dan anak-anak. Tinggalkan sekejap media sosial beberapa hari. Banyak benda penting nak diuruskan dan banyak gila benda yang aku belum dapat siapkan.
1. Khaleef dah nak masuk sekolah tahun depan. Dah sibuk nak daftarkan dia. Dok cari masa nak gi sekolah.
2. Kelas aku semester ni dah nak mula. Yuran belum bayar. Mujur classmate aku baik-baik belaka dan banyak bantu aku. Aku bayar yuran guna KWSP oihh, tak kaya macam korang.
3. Adik aku yang kritikal kat ICU sebelum ni dah discharge dan balik duduk dengan aku. Mudah dan dekat nak ke hospital. So aku ada tugasan ekstra.
4. Adik aku lagi sorang masih di hospital menunggu tarikh pembedahan. Tak sempat nak curi masa pergi melawat dia selalu. Kesian dia.
5. Aku nak kena siapkan buku. Kesian editor dok menaruh harapan nak terbitkan buku aku yang ke 7, 8 dan 9. Sekurang-kurangnya aku siapkan. Rekod aku tulis buku sebelum ni paling cepat adalah 24 hari.
6. Ramai client takaful aku yang belum sempat aku berikan quotation. Bertabahlah yer. Sehari dua, ejen kalian yang kachak ini akan siapkan.
7. Ada tawaran-tawaran kerja lain yang perlu aku fikirkan dan ada yang perlu aku tolak terus sebab tak sempat nak fikir.
8. Produk aku masih tertangguh sepatutnya nak launch hujung bulan ni ikut jadualnya. Tapi sebab tangan ada 2 sahaja dan anak ada 3, maka tak cukup yang sepasang tu. Entah bila aku boleh siapkan.
9. Banyak produk yang aku terima dan aku belum sempat review. Harap yang bagi produk untuk review tu bertabahlah dengan aku.
10. Dah lama kot aku tak up resepi. Yer sebab aku jarang masak.
So gitulah.
Maaflah kalau lambat gila balas whatsapp, komen dan juga pm.
Harap korang fahamlah.
Dan korang doakanlah semoga aku berjodoh 3 serentak ke, dapatlah 3 pasang tangan membantu aku yang sibuk ni.
Hik hik hik.







Leave A Reply