• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Pejabat Imigresen Jerman

09/03/2020

Waktu pertama kali melangkah masuk ke pejabat imigresen pada tahun 2011 dulu, terkejut kemain aku.

Mana taknya, nombor giliran aku dipanggil dan pegawai kat kubikel yang aku jumpa tu rambut punk terpacak warna hijau.  Ada tatu penuh leher dan telinga dia tebuk punya lah besar.

Seram sejuk aku oihh.

Tapi dia layan aku baik kemain, cepat pulak tu.

Itu di Frankfurt, Jerman.

Di sana, kalau yang pakai smart dengan suit bagai ni geng pekerja bank sahaja.  Penjawat awam dia tak pakai kemeja dan necktie.  Depa pakai tshirt, jeans dan jacket atau apa sahaja yang depa rasa selesa.  Kalau musim panas, fuhh depa pakai tshirt dan short dengan selipar jer masuk opis.

Sempoi baqhang.

Janji kerja jalan.  Tak mengular.  Takdak isu-isu rasuah, redtape dan sebagainya.  Kebanyakan depa ni orang jenis “ikut buku”.  Kalau dalam buku depa kata “yes” maka yes lah, kalau “no” maka no lah jawapan depa.

Aku kerap jugalah berurusan di pejabat gomen depa ni.  Dari nak buat resident permit, nak ambik lesen memandu, nak daftar kelahiran anak, nak renew resident permit, work permit, tax card, nak ambil barang yang sangkut kat kastam dan macam-macam lagi.

Walaupun depa tak pakai coat atau suit whatever, kerja depa tip top.  Appointment dengan depa sentiasa on time.

Begitulah.

Semoga kita yang pakai smart-smart, rambut pakai pomade yang angin tiup tak berganjak, jambang pun buang habis, tie pun brand bagus dapat bekerja dengan lebih tip top lah ye dak?

Sekian.

Khairul Abdullah
#SuperDaddy

Share

Believe It or Not  / Blog  / Experience  / Peoples  / Places

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved