• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Khaleef dan Dunianya

10/03/2020

Susah hati aku bila dimaklumkan yang Khaleef pukul cikgu-cikgu dia.

Akhir-akhir ini dia lebih agresif.  Lebih sukar dikawal, lebih tidak mendengar arahan, tiada disiplin.  Tantrum lebih teruk dan paling aku tidak gemar apabila dia mula memukul.

Tadi aku ceritakan pada mak dan dia mengaku yang Khaleef juga pernah pukul dia.  Aku tak tahu.  Aku cuma nampak dia akan pukul adik-adik dia hanya bila diprovoke sahaja.  Tidak dengan sangaja atau suka-suka.

Dia akan memukul bila diarahkan berbuat sesuatu benda yang dia tak mahu.  Kalau mood dia ok dia senyap sahaja, kalau mood tak ok dia akan mengamuk.

Aku selalu fikir ini semua salah aku.

Aku tak berikan perhatian yang cukup pada dia.  Sibuk menguruskan hidup kami berempat sampai aku tak boleh nak tumpukan masa dengan dia.

Dia tak pernah mengadu apa-apa dengan aku, aku bertanya apa pun dia jarang menjawab dan bercerita.  Kami hanya bersembang benda kegemaran dia.  Kalau sentuh pasal perasaan, dia lebih suka membisu.  Cuma sesekali dia mengadu rindukan arwah ibunya.

Dia hanya dengan dunia dia.  Boleh bermain, bercakap dan ketawa berseorangan berjam-jam.  Dia tak suka diganggu.

Dia tidak pernah menangis depan aku.  Marahlah macam mana pun dia akan hanya diam membisu.  Namun boleh menangis, menjerit dan meraung sakan di sekolah.

Aku dok imagine macamanalah dia nak masuk darjah satu tahun depan ni.  Cikgu di tadika pun membayangkan kesukaran yang bakal dialami jika dia masuk ke aliran perdana.

Aku dah sedar perkara ini sejak awal lagi dan sebab itu aku bawa dia jumpa pakar.  Ini tahun kedua aku berulang alik bawa dia jumpa psychiatrist, psychologist dan juga therapist dan mereka masih perlukan masa untuk menilai keadaan dia.

Khamis ini sessi evaluasi dia yang terakhir dan Mei nanti kes dia akan dibentang pada panel psychiatrist untuk dinilai dan disahkan.

Aku tak kisah apa sahaja keputusannya nanti.

Aku akan usahakan, aku harung apa sahaja yang ada di hadapan agar dapat aku beri yang terbaik untuk dia dan juga adik-adiknya.

Tadi aku peluk dia dan aku menangis.

“Its ok daddy. Its ok.” bisiknya.

Dan dia peluk aku erat.

#DiariSuperDaddy

Share

Blog  / Experience  / Health  / Parenting

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved