
Pagi ni kami kat HUKM. Dah genap setahun berulang-alik jumpa ke sini setiap bulan.
Khaleef dah masuk jumpa psikiatrist dia.
Saya dok tengok poster kat dinding ni, teringat pula nak share dengan korang. Jadi para ibu bapa sekalian, boleh perhatikan sifat dan sikap anak-anak kita.
Kalau ada ciri macam dalam poster tu bolehlah bawa anak jumpa pakar. Atau boleh sahaja buat test online dulu. Waktu saya sedar ada ciri luarbiasa pada Khaleef ni saya buat benda ni.
1. Saya research pasal sifat dan sikap dia. Saya baca segalanya dari blog dan forum juga jurnal.
2. Saya buat online test. Google sahaja “autism test” atau “autism screening” “asd test online” dan macam-macam. Buat test tersebut dan jawab dengan jujur.
3. Dapatlah result awal. Dia akan bagitau samada normal atau ada ciri autism dan disarankan untuk berjumpa pakar. Semua saya buat dan hasilnya saya disarankan berjumpa pakar.
4. Saya call hospital bahagian psikiatrist dan ceritakan pasal anak dan test yang saya dah buat dan mohon nak berjumpa pakar.
5. Saya diberi appointment dan terus datang bawak anak.
Sebenarnya dalam buku biru/pink anak-anak tu dah ada screening ni. Nurse dah tanda dan buat test dah. Anak kedua dan ketiga saya memang ok bila nurse kat KK check.
Khaleef ni takde buku biru, kami takde bawa dia pergi follow-up setiap 6 bulan kat klinik kesihatan macam adik-adik dia. Jadi perkembangan awal dia tidak dipantau. Lepas umur 3-4 tahun baru kami perasan tentang ciri-ciri luarbiasa dia.
Bila mak dia meninggal, lagi luarbiasa sifat dan sikap dia.
Jadi, saya bawa jumpa pakar agar saya faham, agar saya tahu bagaimana nak membesarkan anak yang sorang ini. Tak boleh guna cara yang sama dengan anak-anak lain.
Dengan adanya diagnosis yang tepat dari pakar, maka lebih mudah untuk saya menguruskan persekolahan dan pembelajarannya.
Saya nak dia dapat belajar dengan baik dan punya masa depan yang cerah seperti anak-anak yang lain.
Insha-Allah.







Leave A Reply