Episod “Balai Polis” semalam adalah salah satu dugaan kecil untuk Team #InfakSusu agar terus bersemangat dalam menghulurkan bantuan sepanjang tempoh kawalan ini.
Untuk makluman, setakat pagi ini kami sudah menerima sumbangan dana dari kalian semua berjumlah RM140,701.40.
Kami sudah melulus dan membelanjakan sebanyak RM101,615.00 yang diberikan secara “tunai mengikut keperluan susu” kepada 1,991 keluarga di seluruh Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.
Dengan baki dana yang ada, kami dijangka dapat membantu sekitar 500 keluarga sahaja lagi sedangkan masih ada ribuan yang memohon.
Sekali lagi, dengan rendah diri saya ingin memohon bantuan kalian semua untuk terus menyumbang ke dalam tabung #InfakSusu kami ini.
Bantuan boleh disalurkan melalui akaun berikut:
Bank: CIMB- 8009705253
Acc: KA Creative Services
For: Infak Dana Susu












Semoga dana yang disumbangkan ini dapat membantu ramai lagi keluarga yang memerlukan di luar sana.
Semoga sumbangan kita semua dirahmati Allah dan diberikan ganjaran berlipat kali ganda.
Aamin.
KHAIRUL ABDULLAH
#SuperDaddy
#SusuUntukSemua
#U4U







Leave A Reply