• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Our Most Precious Data Specialist

26/03/2020

#StayAtHome

Kami #TeamInfakSusu kini ada seorang “Data Specialist” di dalam team.  Sistem pemprosesan maklumat kami lebih canggih dari hari pertama kami beroperasi.

Sebelum ini banyak penipuan terlepas.  Namun semenjak 2-3 hari lepas kami sudah mempunyai sistem yang lebih baik dan sudah banyak kes penipuan yang kami kesan.

Kepada yang jujur, kami mohon maaf kerana proses permohonan anda kini menjadi sedikit sukar.  Anda orang yang layak namun orang lain telah menyusahkan dan mengambil hak anda.

Amat memalukan di mana ketika sepatutnya sama-sama membantu meringankan beban, ada golongan yang mengambil peluang membolot hak orang lain.

Sungguh memalukan.

Kepada yang menipu dan memalsukan maklumat, memohon dengan pelbagai nama, menggunakan pelbagai akaun bank, ketahuilah anda telah pun dikesan dan disenaraihitamkan.  Bermula hari ini anda tidak akan lagi menerima apa-apa bantuan dari kami.

Yang jujur jangan risau, anda sentiasa di dalam radar kami untuk bantuan seterusnya.

Kepada penderma, kami berusaha sehabis baik bagi memastikan setiap sen sumbangan anda diterima oleh yang berhak.

Harap maklum.

p/s: Patutlah pihak Zakat sangat berhati-hati dan mengambil masa dalam meluluskan bantuan.  Ramai gila yang menipu.

KHAIRUL ABDULLAH

#SuperDaddy
#InfakSusu
#SusuUntukSemua
#U4U

Share

Believe It or Not  / Blog  / Experience  / Peoples  / Volunteers

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved