Agak kecewa bila mengetahui ada NGO lain yang memerli dan memperlekehkan projek #InfakSusu kami. Tapi takpelah, kami jalan terus.
Kami masih memperoses saki-baki permohonan yang belum habis. Kami masih senyap-senyap berikan bantuan kepada anak-anak kecil yang memerlukan. Sudah tidak mampu untuk kami menolong ramai orang dengan dana seciput yang ada.
Kami sebolehnya ingin pastikan wang sumbangan kalian sampai ke sasaran yang sepatutnya. Kami tapis betul-betul dan prosesnya menjadi rumit dan lambat. Jadi kami dibenci kerana itu.
Takpe, kami reda sahaja. Biarlah kami tapis betul-betul sebab wang itu bukan bapak kami yang punya.
Namun kami ingin memohon jutaan maaf kepada penyumbang sekalian kerana di dalam kami mencuba sehabis baik, sumbangan kalian tetap sampai pada orang yang salah.
Ada yang menipu menggunakan pelbagai identiti dan terlepas saringan lalu dapat bantuan berkali-kali dan menafikan hak orang lain.
Ramai yang menipu mengatakan tidak mampu, mengaku susah dan terdesak, demi Allah katanya sangat memerlukan waima RM50 sahaja untuk susu anaknya. Selepas terima bantuan untuk susu diupdatenya di FB beli lemon banyak-banyak untuk buat detox.
Ada yang lepas terima bantuan update di FB tengah order kek birthday. Kita ni nak buat kek pun pikir 13 kali takut telur habis.
Ada yang dapat bantuan merayu-rayu lagi nak bantuan. Wang diberikan untuk laki dia beli rokok. Durjana sungguh.
Namun majoritinya bersikap jujur.
Sepanjang memproses permohonan ini, kami simpulkan yang orang-orang yang benar-benar susah dan memerlukan adalah tidak meminta-minta tidak merayu-rayu, tidak mengemis-ngemis. Mereka hanya mohon sekali dengan penuh adab dan berserah atas rezeki yang bakal mereka dapat ataupun tidak.
Begitulah.
Team #InfakSusu jalan terus sahaja walaupun setiap dari kami menerima tohmahan, ugutan, perlian maupun cacian.
Kepada semua penderma, mohon halalkan sumbangan kalian terhadap bahagian-bahagian yang kami gagal sampaikan kepada penerima yang sepatutnya.
Terima kasih.
KHAIRUL ABDULLAH
#TeamInfakSusu







Leave A Reply