• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

How I Wish

04/04/2020

Tadi.

“Daddy, can we go to mommy’s grave?”

“Dah malam ni.”

Terus dia peluk aku.

“Saya rindu mommy.”

Aku senyap.  Hilang kata seketika.

Dia pun senyap.

Rindu sangat tu barangkali.  Dia bukan jenis meluah, jarang sangat bercakap pasal ibunya.  Kalau ditanya pun dia akan cuba mengelak.

Psikiatrist pun cakap, dia akan mengelak dan menukar topik jika ditanya pasal ibunya atau perasaannya tentang ibu yang telah tiada.

Ada sekali dia melukis gambar keluarga dan bila lukisan tersebut hendak diambil dia cakap pada psikiatrist, please jangan tunjuk pada daddy.  Dia tak mahu daddy tengok.  Dia tidak mahu daddy tahu.

Entahlah.

Tubuh kecil ini sedang tidur di atas lengan aku.  Entah nyenyak entah tidak tidurnya.  Kadang-kadang ada esakan kecil di tengah malam.  Bila ditanya tiada jawapan.

Kerinduan semestinya.

Kasihan pada tubuh kecil yang tak berkesempatan mengucapkan selamat tinggal pada ibunya.

That unsettled feelings.

Aku usap-usap kepalanya.  Aku tenung-tenung wajah mereka bertiga yang sedang lena, apalah mimpi mereka gamaknya.

Jeda.

Dear Khaleef,

How I wish I can bring back your mother just for a minute so that you can hug her, kiss her and say a proper goodbye.

How I wish.

I am sorry.

#SuperDaddy

Share

Blog  / Parenting

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved