Ini dia antara masakan paling mudah dan ringkas untuk dibuat dalam masa 10 minit menggunakan kurma segera dalam tin.
Terimalah resepi Nasi Kurma Ayam PKP oleh SuperDaddy Khairul Abdullah.
Bahan-bahannya:
Okeh ini bahan-bahan. Cari jer apa yang ada, yang takde tak perlu susah hati. Yang penting ada beras dan kurma dalam tin sahaja.
Terlupa masukkan halia, daun kari dan daun pandan dalam gambar ni.
2 tin kecil kurma ayam/daging segera Adabi
2 pot beras basmathi
1 helai daun pandan
Bawang putih, bawang merah, halia dan daun kari untuk menumis (takde pun takpe)
2 biji telur rebus (optional)
Cara melaksanakan projek:
1. Basuh beras dan rendam. Ketepikan
2. Panaskan 3 sudu minyak bersama 1 sudu butter atau minyak sapi jika ada dan tumis semua bahan.
3. Buka tin kurma adabi dan asingkan isi dan kuah. Masukkan kuah ke dalam bahan tumis dan kacau dan biarkan mendidih.
4. Toskan beras dan masukkan ke dalam periuk.
5. Masukkan isi tadi (ayam/daging/kentang) dan ratakan. Tambah air sehingga beras dan isi tadi tenggelam.
6. Simpul dan masukkan daun pandan.
7. Tutup periuk dan tekan butan on.
Basuh bersih dan rendam seketika, sambil kita potong bawang.
Cincang lah bahan-bahan tu kalau malas potong cantik-cantik.
Panaskan 3 sudu minyak masak, kalau ada minyak sapi tambahkan sesudu atau butter pun boleh. Lepas tu campak semua bahan tumis.



Tekan on dan tunggu bau dia keluar. Fuhhh bau kenduri wehhh.
Hidanglah secantik mungkin.
Siap dan hidangkan dengan telur rebus dan salad.
Cubalah.
#ResepiSuperDaddy
#NasiKurma
#StayAtHome
P/s: Resepi ini adalah inspirasi dari resepi asal Kak Shamsiah Abdul Rahman yang telah diderhakakan sedikit.







Leave A Reply