• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Majulah Dapur Untuk Keluarga

12/04/2020

Antara benda yang aku paling malas, namun aku paksa diri buat setiap malam adalah kemas dapur.

Kenapa aku paksa diri?

Sebab, dapur ni menentukan mood aku esok pagi.  Kalau bangun pagi pergi dapur dan tengok segala mangkuk pinggan dalam sink dan segala mak nenek benda ada atas table top tu maka aku terus hilang mood.

Bukan setakat hilang mood, stress pun ada, malas pun ada dan meluat pun ikut serta.

Mood pagi biasanya akan menentukan mood kita seharian.  Jadi sebolehnya aku nak mood pagi aku best-best sahaja.  Bangun pagi ke dapur nampak semua kemas elok maka semangat sikit nak buat breakfast, semangan nak plan masak apa, semangat sikit nak mulakan hari.

Anak-anak bangun dan terus sepahkan living room tu pun aku cool jer sebab mood aku baik.  Tapi kalau dapur berselerak dan budak-budak tu tambah lagi sepah maka beranginlah aku hari tu.

Dapur ni bagi aku adalah nadi sebuah rumah atau ibarat “engine room” bagi sebuah kapal.  Kalau yang ni semua ok, Insha-Allah yang lain ikut ok.

Sebab tu walaupun malas tahap tak boleh bincang dah atau aku tertidur awal, aku akan bangun malam dan gagahkan diri turun ke bawah dan kemaskan jugak.

Sesungguhnya dapur itu pemberi bahagia.

Majulah dapur untuk keluarga.

P/s. Para suami yang asyik geledah dapur lewat malam tu mohon kemas balik dan basuh pinggan lepas makan supaya isteri korang tak bad mood esok pagi.

Sekian.

KHAIRUL ABDULLAH
#SuperDaddy

Share

Blog

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved