• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Sebab Itu Syurga Di Bawah Kaki Ibu

21/04/2020

“Da, budak-budak macamana?”

“Depa ok ja.  Tak tanya pasai hang pun.”

Adik aku pun ceritalah rutin budak-budak tu sewaktu ketiadaan aku.

Nampak sangat anak-anak aku dah boring duduk dengan aku.  Sekali makngah dia datang, terus lupa daddy dia yang masih terbaring di katil hospital ini.

Katanya depa seronok jer kat rumah, makan sehari 4-5 kali.  Apa sahaja yang makngah dia masak semua depa makan habis licin.  Padahal bila aku masak, puas paksa nak suruh makan sampai habis.

Aku masak tak sedap ke?  Ehh kamon lah, aku chef kot.

Waktu petang, terbongkang tidur 3 beradik tu.  Kalau aku suruh tidur kemain liat.  Si kecik sekali tu sahaja yang tidur, abang-abang dia jangan harap.

Banyak benda yang aku rasa susah nak suruh budak-budak tu buat, tapi makngah depa buat dengan mudah sahaja.  Anak aku yang jenis tak berapa nak makan atau “picky eater” tu pun telan apa sahaja.  Padahal benda yang makngah dia masak tu sama sahaja dengan apa yang aku masak.

Lalu aku sedar.

Bukan sebab masakan aku, bukan sebab sentuhan atau belaian aku atau nyaringnya suara aku.

Anak-anak nakkan dan perlukan sentuhan orang lain dalam hidup dia.  Tak memadai aku sahaja yang buat semua benda.  Tak memadai untuk rasa masakan aku, tak memadai sentuhan aku yang memandi dan memakaikan baju depa.

Benar, apa yang aku bagi kat depa tetap tak akan sama macam yang depa dapat dari seorang perempuan.  Dakapan dan ciuman aku pasti takkan sama.   Sentuhan dan belaian seorang perempuan yang dipanggil ibu adalah jauh lebih istimewa.

Sebab itu seorang ibu sangat istimewa di hati seorang anak. Sentuhan ibu menghilangkan sakit yang tak tertahan, belaian ibu menghilang sedih seluas lautan, kasih sayang ibu tiada bertepian.

Sebab itu syurga di bawah kaki ibu.

Bagi seorang anak, di situlah terletak syurganya. Kebahagiaan hidupnya, penghilang resah dah gundahnya serta pemangkin semangat hidupnya.

Aku masih di katil hospital, berfikir tentang masa depan mereka bertiga.

Panjang lagikah umur aku?  Sempatkah aku melihat ketiganya dewasa?  Kalaulah sekejap lagi aku dipanggil mengadap Tuhan, apalah nasib tiga budak kecil itu?

Kalaupun aku sihat dan dipanjangkan usia dan mampu membesarkan mereka bersendirian, namun adakah adil buat mereka?

Entahlah, I don’t know.

KHAIRUL ABDULLAH
Masih di katil hospital.

#SuperDaddy

Share

Blog  / Health  / Parenting

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved