Bulan Ramadan ni selain daripada bercerita pasal ibadah puasa, memperbanyakkan amal ibadat dan bazar Ramadan, mesti mak-mak asyik ligat berfikir nak masak apa bersahur dan berbuka nanti kan? Kan? Kan?
Tambah pulak tahu ni mana ada bazar Ramadan. Semua kena kurung sebelum syaitan dikurung lagi. Eh! Nak tak nak, korang kena la masak sampai jemu makan air tangan sendiri.
Masaklah kau.
Tapi takpe, rileks sudah. Ni ha kawan aku nak share kat korang 6 resipi inovasi sedap sempena Ramadan 2020 ni.
Bila orang tanya masak apa bersahur atau berbuka hari ni, kemain korang boleh tunjuk skil memasak lain daripada orang lain. Kalau tak jadi jangan risau, boleh post kat MATJHI.
Kalaupun rupa dia tak sama macam dalam gambar, rasa dia pasti sedap okeh. Jangan risau na.
Nindia, kawan aku share 6 resipi tu:
1. Jus Susu Kurma Oat – Nak bagi korang boleh tahan lapar sampai waktu berbuka. Padu nih.
2. Nasi Goreng Ikan Pekasam – Nak bagi mata korang terbeliak disebabkan rasa ikan pekasam masa bersahur.
3. Nasi Goreng Serondeng Ikan – Nak bagi korang jatuh cinta dengan rasanya sampai tak nak miss bersahur.
4. Roti Gulung Serondeng Ayam – Nak bagi anak-anak korang bersemangat nak berpuasa sebab ni jadi reward masa berbuka.
5. Martabak Mi Segera Serondeng Daging – Nak bagi hilang rasa jemu menu yang sama. Taburan serondeng daging atas martabak mi segera ni buatkan korang nak makan lagi, lagi dan lagi.
6. Tauhu Berlauk Cicah Kuah Kacang Daging Berempah – Nak bagi korang melupakan menu bazar Ramadan sebab dapur korang pun dah boleh sediakan menu lagi sedap dan bersih dari bazar Ramadan.
Fuhhh. Kemain kan?
Cuba tau semua 6 resepi lain maciam ni. Resepi lengkap ada pada setiap gambar. Korang klik jer gambar tu satu persatu dan tataplah untuk ambil feel.
1. Jus Susu Kurma Oat.
Keistimewaan: Elok diminum ketika waktu akhir sahur. Membuatkan tubuh badan rasa bertenaga dan tidak rasa lapar sepanjang hari. Sesuai untuk mereka yang tidak mahu makan berat-berat semasa bersahur. Sangat membantu kanak-kanak, wanita mengandung dan orang tua kekal untuk meneruskan ibadah puasa.
7 biji kurma dibuang biji
3 sudu oat
Setengah cawan air rendaman kurma
2 cawan susu segar, susu UHT atau susu kambing.
Cara-cara:
1. Rendamkan kurma semalaman.
2. Masukkan kurma, air rendamannya, oat dan susu ke dalam pengisar.
4. Kisarkan sehingga lumat semua bahan.
5. Tuangkan ke dalam gelas dan sedia untuk diminum.
Kalau nak kurma berkualiti, sila WhatsApp cepat-cepat ke:
wassap.my/60184613454/
wassap.my/60184613454/
wassap.my/60184613454/
Cepat sebelum terlambat, stok terhad.

Bahan bahan:
2 mangkuk besar nasi putih
1 biji bawang merah dihiris
1 ekor isi ikan pekasam dihancurkan
10 tangkai cili api ditumbuk
4 biji telur
Sayur sawi
Sos tiram
Garam
Serbuk lada sulah
Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan cili api yang diketuk sehingga naik bau. Kacau sehingga naik bau.
2. Ketepikan bawang dan masukkan ikan pekasam dan goreng sehingga ikan garing. Hancurkan ikan.
3. Ketepikan bahan dan pecahkan telur. Tutup api dan kacau telur sehingga masak. Buka api semula.
4. Masukkan sawi dan nasi.
5. Tuangkan sos tiram, garam dan lada sulah. Kacau rata.
6. Sedia untuk dihidang
Kalau nak ikan pekasam rangup, sila WhatsApp cepat-cepat ke:
wassap.my/60195750337/NakIkanPekasam
wassap.my/60195750337/NakIkanPekasam
wassap.my/60195750337/NakIkanPekasam
Cepat sebelum terlambat, stok terhad.
2 biji bawang merah dihiris halus
2 ulas bawang putih dihiris halus
4 biji cili padi ditumbuk
1 biji cili padi dipotong halus
2 tangkai sawi dipotong
2 cawan nasi putih
1 cawan serondeng ikan
1 sudu teh garam
Kicap secukup rasa
2 sudu minyak untuk menumis
Cara-cara:
1. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili padi sehingga naik bau.
2. Masukkan sawi dan kacau rata.
3. Masukkan nasi putih dan cili padi dipotong halus.
4. Masukkan serondeng ikan. Tuangkan kicap. Kacau sebati sehingga masak sempurna.
5. Angkat dan sedia untuk dihidang.
Kalau nak serondeng ikan sedap, sila WhatsApp cepat-cepat ke:
wassap.my/601156355256/NakSerondengIkanBilis
wassap.my/601156355256/NakSerondengIkanBilis
wassap.my/601156355256/NakSerondengIkanBilis
Cepat sebelum terlambat, stok terhad.
4 paket mi segera direbus
4 paket serbuk perasa mi segera
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
5 biji telur
1 batang lobak merah didadu
Serondeng daging secukupnya
3 sudu besar tepung jagung
Sedikit daun sup atau daun bawang diracik halus
Cara-cara:
1. Rebus mi segera sehingga kembang, toskan air dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak, tumis semua bawang sehingga layu dan naik bau kemudian masukkan serondeng daging, lobak merah, daun sup dan kacau semua bahan sehingga masak.
3. Masukkan perasa mi segera, mi segera, tepung jagung dan telur sebiji demi sebiji. Kacau rata.
4. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan goreng murtabak Maggi sehingga masak.
5. Angkat dan toskan minyak.
6. Taburkan serondeng daging di atas martabak.
7. Siap untuk dihidang bersama sos atau mayones.
Kalau nak serondeng ikan bilis lazat, sila WhatsApp cepat-cepat ke:
wassap.my/601156355256/NakSerondengDaging
wassap.my/601156355256/NakSerondengDaging
wassap.my/601156355256/NakSerondengDaging
Cepat sebelum terlambat, stok terhad.
Bahan-bahan kisar:
4 keping tauhu biasa
2 pek tauhu telur
2 biji telur
Sedikit air
Bahan-bahan inti:
Daging kisar digoreng tanpa minyak
3 biji bawang merah dihiris
1 biji Lobak merah dihiris
Daun bawang dihiris halus
Daun sup dihiris halus
Cili besar merah dihiris
Lada hitam secukup rasa
Lada putih secukup rasa
Serbuk bawang putih secukup rasa
Setengah sudu makan gula
Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan kisar dan bahan inti untuk digaul rata.
2. Masukkan bahan yang digaul ke dalam bekas-bekas kecil. Pastikan diisi penuh kerana tauhu berlauk akan mengecil setelah dikukus.
3. Kukuskan tauhu berlauk selama 20 minit.
4. Apabila sudah masak atau tidak cair lagi, angkat dari kukusan dan tunggu sejuk sebelum dikeluarkan dari bekas.
5. Pecahkan telur dan salutkan tauhu berlauk dengan telur.
6. Gorengkan sehingga garing atau perang keemasan.
Kuah Kacang Daging Berempah
Bahan-bahan:
500 gram kacang tanah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar
200 gram cili kisar
200 gram gula melaka atau 4 keping gula kabung/gula melaka
3 sudu besar gula makan
3 batang serai diketuk
5 ulas bawang putih dikisar
15 ulas bawang merah dikisar
2.5 cm halia dikisar
500 ml santan pekat
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk jintan manis
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara:
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali.
2. Masukkan serai dan tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga bangkit baunya.
3. Masukkan cili kisar dan kacau perlahan-lahan hingga pecah minyak.
4. Masukkan serbuk jintan putih dan jintan manis.
5. Masukkan air, gula pasir, gula melaka dan garam secukupnya. Kacau hingga pekat dan mendidih.
6. Masukkan kacang tanah yang ditumbuk tadi. Nak lagi mudah beli, kuah kacang segera.
7. Gaul sebati dan biarkan masak sebentar.
8. Angkat dan sedia dihidang bersama tauhu berlauk.
Kalau nak kuah kacang segera dan mudah, sila WhatsApp cepat-cepat ke:
wassap.my/60183571885/NakKuahKacang
wassap.my/60183571885/NakKuahKacang
wassap.my/60183571885/NakKuahKacang
Cepat sebelum terlambat, stok terhad.

10 keping roti
Sosej
3 sudu makan serondeng ayam
2 biji telur
1 cawan serbuk roti
1 cawan minyak
2 sudu makan tepung gandum
3 sudu makan air
Cara-cara:
1. Campurkan tepung gandum dengan air sehingga menjadi seperti susu pekat.
2. Leperkan roti dan letakkan 3 sudu serondeng ayam dan sosej.
3. Sebelum digulung, sapukan pelekat bancuhan tepung gandum di bahagian tepi roti.
4. Pukul telur dan golekkan roti ke dalamnya.
5. Golekkan pula roti dengan serbuk roti.
6. Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana.
7. Angkatkan dan tos minyak. Sedia untuk dihidang. Tuangkan sos dan mayones untuk rasa yang lebih sedap di atas roti.
Kalau nak serondeng ikan bilis lazat, sila WhatsApp cepat-cepat ke:
wassap.my/601156355256/NakSerondengAyam
wassap.my/601156355256/NakSerondengAyam
wassap.my/601156355256/NakSerondengAyam
Cepat sebelum terlambat, stok terhad.
1. wassap.my/60184613454/NakKurma
2. wassap.my/60195750337/NakIkanPekasam
3. wassap.my/601156355256/NakSerondeng
4. wassap.my/60183571885/NakKuahKacang
Ok gais, petang ni pakat cuba semua yer.
Savelah takut nanti cari tak jumpa pulak dan share juga dengan kawan-kawan tau.
Sekian.







Leave A Reply