Okeh, ini antara soalan dan juga aduan yang kerap aku dapat. Nak jawab pun tak berapa pandai sebenarnya.
Ada jenis lelaki yang seumur hidupnya dari nampak dunia sampai masuk kubur semuanya orang buatkan untuk dia. Jadi hidup dia beranggapan semua itu bukan tugas dia, atau kalau dia kena buat pun sebab terpaksa dan tiada pilihan.
Ada lelaki yang sengaja taknak buat sebab kononnya nak bagi pahala untuk isteri dia. Ini orang tu sendiri cakap kat aku. Selagi boleh bini buat kita suruh dia buat sebab dia dapat pahala banyak katanya. Menyirap jugak aku. Aku pun nak pahala jugak.
Jadi, bukan senang nak ubah lelaki yang tak pernah basuh pinggan sendiri selepas makan untuk melakukannya. Jenis begini kalau makan di restoran layan diri pasti biar meja bersepah begitu jer.
So, macam mana nak ubah sikap lelaki terutama suami untuk turut sama membantu kerja-kerja rumah?
Kalaupun taknak mop lantai atau cuci bilik air, at least basuh pinggan sendiri lepas makan pun dah dikira baik.
Bukan senang juga bagi seorang isteri untuk menegur sikap suami yang begitu.
Jadi mohon bantuan korang yang ada pengalaman untuk berkongsi cara yang berkesan di ruangan komen.
Terima kasih.
#SuperDaddy
Leave A Reply