• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

28/05/2020

Tadi slot bedtime stories kami cerita santai sahaja.

Dah puas seharian aku belajar pasal galaksi dengan si Khaleef.  Masih terngiang-ngiang dalam kepala Orion Nebula, Helix Nebula, Cat Eyes Nebula dan segala mak nenek nama lagi.

Di antara Mars dan Jupiters ada Ceres katanya.

Muntah dah aku.

Jadi malam ni kami bertiga sembang pasal Peppa Pig sahaja.

Kenapa George asyik menangis?  Ayah si Peppa kerja apa?  Nama kawan-kawan dia siapa?  Suzy Sheep, Rebecca Rabbit, Claude Cat, Danny Dog, Pedro Ponny, Zoe Zebra, Emily Elephant dan panjang lagi lah senarai dia.

Itulah kartun kegemaran depa bertiga.

Di situlah depa pickup new vocab, pronunciation dan juga intonation.

Aku ingat ada sekali tu seorang follower tegur aku.

Jangan bagi anak-anak tengok kartun Peppa Pig.  Tak baik, babi tu haram.

Terus aku insaf.

#SuperDaddy
#BedtimeStories

Share

Blog  / Parenting  / TV Shows

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved