“Daddy, you know that Titanic sank because she hit an iceberg.”
“Yes, I know.”
“When did the ship sank daddy? In what year?”
“It was 1912, about hundred years ago.”
“Whattt? That’s a long time ago. How can you know everything daddy?”
“I know lah, I like to read history about Titanic.”
Fuhhh.
Seronok jugak tengok muka dia kagum dengan aku.
Bab sejarah ni aku pandai lah jugak sikit sebanyak.
Tahulah nak jawab bila dia tanya kenapa kapal tu karam, berapa ramai orang mati, kenapa ada 4 cerobong asap kat kapal tu padahal ada 3 furnace jer. Kenapa nama dia Titanic dan macam-macam lagi. Sebenarnya dia pun dah tahu, saja nak aku layan dia.
Sekali dia tanya lain pulak.
“Do you know that another ship called Brittanic? Do you know about it daddy?”
Aduhh terus jemm.
Dia pun bagitau, katanya kapal tu adalah Titanic II, pun karam juga. Dia tanya aku kenapa karam, berapa ramai mati. Aku suruh dia cerita tapi dia kata nak aku yang jawab.
Manalah aku tahu.
Aku cakap esok aku jawab. Aku tunggu dia tidur dan aku Google.
Ohh rupanya Brittanic ni kapal penumpang jugak yang ditukar jadi hospital .
Rupa dia pun macam Titanic tu. Pada tahun 1916, dia bawa 1,065 penumpang dan sewaktu lalu di kepulauan Greek dia karam sebab kena periuk api dari kapal selam tentera Jerman. Karam 4 tahun selepas Titanic di mana 30 orang maut dan selebihnya selamat.
Yang menariknya, ada seorang nurse bernama Violet Jessop, dia waktu Titanic karam dia pun ada atas kapal dan selamat. Waktu Brittanic karam dia pun ada atas kapal tu dan selamat jugak, tapi kali ni dia cedera.
Panjang betul umur dia dan orang gelar dia “Miss Unsinkable.”
Dah kena belajar sejarah pulak kita malam ni yer.
You jump, I jump?
Leave A Reply