
Sepanjang saya menguruskan projek #InfakSusu barulah saya maklum yang ada ramai sungguh pesakit di luar sana yang memerlukan susu khas demi meneruskan hidup.
Ramai yang kurang dan tidak mampu, namun terpaksa berhabisan dan bergolok gadai kerana perlu membeli susu yang mahal ini.
Jadi saya dan team di U4U, hari ini ingin membuka program #InfakSusuPesakit untuk mereka yang memerlukan. Harapan saya dengan adanya program ini, pesakit yang tidak mampu dan yang sangat terkesan semasa PKP ini berlangsung dapat terus dibantu.
Jadi, saya memerlukan bantuan kalian semua untuk memanjangkan berita ini kepada kawan-kawan lain. Bagi yang mengenali pesakit yang berkeperluan susu khas ini, maklumkanlah berita ini kepada mereka.
Sebarkanlah.
Sebarkanlah semoga kita semua beroleh sedikit rahmat dari Allah SWT kerana telah turut serta membantu mereka yang memerlukan.
Bagi yang ingin turut serta membantu, menyumbang dan memberi infak, boleh salurkan terus ke akaun ini:
Ukhwah For Ummah (U4U)
CIMB: 8603537251
Ref: InfakSusuPesakit
Tel: 011-62629101
Email: sharing@ukhwahforummah.org
Oleh itu, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini membuka program ini untuk kita semua saling bantu membantu dan beroleh pahala, inshaAllah.
We love. We care.
KHAIRUL ABDULLAH
#U4U







Leave A Reply