• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

What Is Inside Our Ear?

09/06/2020

“Daddy, what is inside our ear?”

“Ohh.  You don’t know what is inside our ear?”

“I know.  There is ear drum and cochlea.”

“Good.  So what do they do?”

“I don’t know daddy.  I just know that the cochlea is look like snails.”

“Yeah, it is.  Eardrum gather and vibrate the sounds then pass to cochlea through tiny bones called ossicle.  There are tiny hair and liquid in cochlea that moves then sends signal to the brain.”

“Ohhh, how can you know everything daddy?”

“Well, I am your daddy.”

Hahaha.

Ok gais, benda basic ni.  Jom tengok macamana telinga berfungsi.

Bunyi akan melibatkan 4 eleman utama iaitu cuping serta lubang telinga, gegendang, ossicle dan koklea.

1. Bunyi akan dikumpul di cuping telinga lalu dihantar masuk melalui lubang telinga kepada gegendang.

2. Bunyi tu menyebabkan gegendang bergetar lalu menggetarkan Ossicle iaitu 3 tulang paling kecil dalam tubuh manusia iaitu Malleus, Incus dan Stapes.

3. Ossicle atau tulang kecil tadi turut bergetar dan menyebabkan cecair di dalam koklea bergerak.  Gerakan ini menyebabkan rerambut halus dalam koklea melengkung.

4. Sel rerambut halus tadi akan menukarkan gerakan lengkungan tadi kepada denyutan elektrik.

5. Denyutan elektrik ini dihantar ke saraf pendengaran dan seterusnya ke otak untuk mentafsirkan bunyi tersebut.

Simple jer kan?

Okay, now the fun facts:

1. Telinga membantu deria rasa, sebab ada saraf rasa yang buat shortcut ke otak melalui telinga tengah.  So kalau ada masalah telinga, ada peluang akan ada masalah deria rasa jugak.

2. Telinga ni macam fingerprint jugak, sangat unik.  So Google tengah develop untuk unlock phone bila letak kat telinga jer.

3. Ada 206 tulang dalam badan kita.  Ada 6 paling kecil iaitu 3 di sebelah telinga kiri dan kanan iaitu Malleus, Incus dan Stapes.  Tiga-tiga tulang ni muat atas syiling 1 sen.

4. Telinga kita masih mendengar walaupun ketika sedang tidur.  Cuma otak block signal tersebut dan kita tak sedar atau dengar apa-apa.

5. Telinga ni dia diprogram untuk cuci sendiri.  So tak perlu korek dengan cotton bud tu sebab merbahaya.

Namun kita korek telinga bukan sebab nak cuci sangat pun kan?  Sebab gatal dan dia punya stim bila korek telinga sampai terpejam mata tu yang tak tahan tu.  Kan?

Now we know.

#SuperDaddy
#SuperKids
#BedtimeStories
#NowWeKnow

Share

Believe It or Not  / Blog  / Knowledge

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved