• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Abah Dah Kurus..

15/06/2020

Tadi mak aku sampai sebelum maghrib terus cari laki dia.

“Laa awat kuruih dah ni?”

Abah aku senyum sahaja.

Maklumlah dia duduk seorang diri sudah 4 bulan lebih sejak mak aku bergegas ke Sungai Buloh waktu adik aku accident bulan Februari hari tu.  Dia datang sekejap sahaja dan terus balik.

Sejak itu mak terus di sana dan abah di kampung seorang diri.  Makan pun ikut apa yang ada.  Sesekali dalam group famili dia post gambar makan megi.  Adik pompuan aku menangis teresak-esak fikirkan abah dia.

Yelah, abah duduk seorang diri kot.

Tiba-tiba pulak PKP.

Waktu PKP kami semua risau, yelah umur dia dah 70, bukan sihat sangat pun.  Kami adik beradik dah pikir jalan nak bawak dia ke Klang.  Tapi puas pujuk dia tak mau.

Dia siap larang kami balik dan dia pun taknak ambik risiko.  Dia kata dia boleh jer jaga diri.  Bolehlah sangat.

Kebolehan dia menjaga diri tu menyebabkan dia kurus.

Hahahaha.

Malam ni adik beradik aku pakat balik.

Seronok dapat jumpa semua setelah sekian lama.

Aku sampai awal sehari, sebab tamak nak makan durian sorang-sorang sampai puas.  Natijahnya Tuhan bagi aku sakit kepala.

Padan muka aku.

Sekian.

#DiariSuperDaddy

P/s: Bedtime stories tak ada yer sepanjang kat kampung. Daddy yang selalu tidur dulu.

Share

Blog

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved