• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Bedtime Stories – Air Mata

19/06/2020

“Daddy, why my tears come out when I yawn?”

“Come again?”

“Every time I yawn, my eyes got tears.  Why this water come out, daddy?”

“Ohhh.  Maybe because we’re sleepy so tears come out.”

“When we sleepy we yawn, daddy.  But why the tears come out?”

Hmmmm.

Tak tahu weh.  Aku cuma tau benda tu normal.  Natural omputih kata.  Tak tahu sains di sebaliknya. S o kena Google lah.

Jadi, kenapa setiap kali kita menguap, air mata akan keluar?

Ini jawapan saintifik dia.

Kelenjar air mata sentiasa keluarkan air untuk kegunaan mata.  So bila ada lebihan, dia akan keluar ikut saluran khas melalui hidung dan tekak.  So mata kita sentiasa lembab dengan air mata yang fresh lah.

Bila kita menguap pula, otot-otot muka menegang dan menekan kelenjar air mata.  Jadi bila kelenjar tu kena tekan atau “squeeze” maka air mata pun keluar pergilah ke mata dan cuba berkumpul di situ.

Lepas tu kita menguap ni selalu tutup mata (kecuali menguap dalam kelas) so laluan keluar lebihan air mata akan tertutup.  Jadi lebihan air mata tadi tak tau nak pi mana meleleh lah.

Haaa gitu.  Jelas dak?

Now the fun facts:

1. Air mata kita ni sentiasa dihasilkan tanpa henti dan kalau dikumpul berjumlah antara 50-100 liter setiap tahun.  Menangis lah puas-puas yer.  Takde nak keringnya air mata tu.

2. Air mata kita ni ada 3 lapisan dan struktur dia hampir sama macam air liur.  Terdiri dari air, lemak minyak dan dan lebih dari 1500 jenis protein.  Ada kandungan sodium, sebab tu air mata masin.

3. Ada 3 lapisan/layer yang membentuk air mata.  Lapisan mukus yang membuatkan air mata melekat pada mata.  Lapisan air, ini yang paling tebal, membasahkan mata, menghalang bakteria dan melindungi kornea.  Lapisan minyak yang menghalang lapisan mukus dan air dari mengewap selain dari memberikan lapisan yang licin pada air mata.

4. Ada 3 jenis air mata.  Basal tears, sentiasa ada dan melekat pada mata untuk menjaganya.  Reflex tears, hanya keluar bila kena asap dan bila potong bawang.  Emotional tears, yang ni bila korang emo maka dia keluar menderu-deru.

5. Air mata lebihan keluar melalui saluran khas yang bersambung melalui hidung dan tekak.  Jadi bila kita over menangis, hidung kita berair, kan?  Sebab air mata yang extra banyak tu dia flush out melalui saluran khas tadi dan ada yang masuk juga ke dalam hidung.

6. Bayi baru lahir bila menangis tak keluar air mata, kan?  Ini kerana kelenjar air mata dia belum siap terbentuk.  Selepas sebulan lebih baru ready.

7. Perempuan lebih banyak menangis dari lelaki.  Kajian kata sebulan perempuan menangis 5 kali dan lelaki 1 kali.  Kajian juga kata perempuan menangis 6 minit dan lelaki antara 2-4 minit setiap kali.

8. Dipercayai air mata emosional yang keluar bila kita sedih atau gembira mengandungi protein dan hormon yang tak terdapat dalam 2 jenis lagi air mata.  Protein dan hormon ni memberi kesan melegakan dan menenangkan yang membantu fungsi badan kembali menjadi normal.

9. Bawang ada gas yang dipanggil Syn-propanethial-S-oxide yang dirembaskan ke udara bila dipotong.  Mata kita memang tak tahan dengan kimia ni lalu airmata dikeluarkan.  Sekarang ni katanya ada bawang baru dicipta tanpa ada gas tersebut.  Jadi nanti dah boleh potong bawang sambil membawang dengan gembiranya.

Sekian.

Now you know.

#SuperDaddy
#SuperKids
#BedtimeStories
#NowYouKnow

Share

Believe It or Not  / Blog  / Knowledge  / Parenting

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved