• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Bedtime Stories – Asal-Usul Kaca

20/06/2020

“Daddy, do you know that glass is made from sand?”

“Oh really?”

“Yes daddy, they put sand on fire and it melt and become glass.”

“Wow, thanks for telling me.”

“Daddy, why glass breaks when it fall?”

“Because it fragile.  That means it easily broken.”

“Why glass fragile, daddy?”

Aahhh sudah.

Moh ler kita belajar pasal kaca pula malam ni.

Yer, kaca diperbuat dari pasir yang dipanaskan bersama kapur dan abu soda pada suhu 1700 darjah celcius sehingga cair.  Bila dah mengeras maka jadilah kaca.

Kenapa kaca senang pecah?

Aduhh susah nak terangkan juga yang ni.  Secara mudahnya, bila kaca dibuat (dipanaskan pada suhu yang tinggi) tekanan haba (thermal stress) terperangkap dalam kaca tu.  Jadi kaca ni dia sangat tertekan dan benda bila tertekan dia rapuh.

Macam kita jugak lah, bila stress mudah jer triggered dan meletup, kan?  Haa gitulah analoginya.

Senang faham kan?

Now the fun facts:

1. Kaca dihasilkan jutaan tahun dahulu lagi oleh petir.  Bila petir menyambar bumi dan kena batu dan pasir maka dia cair dan bila sejuk mengeras jadi kaca yang dipanggil “Fulgurite”.  Tapi takde ler rupa dia bentuk gelas atau pinggan yer.  Dia jadi bentuk macam akar pokok.  Seriously, korang Google tengok rupa dia.

2. Lava gunung berapi pun menghasilkan kaca jugak.  Kepanasan dia tu telah mencairkan batu dan pasir dan bila sejuk dan mengeras maka jadilah kaca yang dipanggil “Obsidian”.  Bentuk macam batu tapi warna hitam.

3. Bila kaca jatuh, retak dan pecahan dia tu berkelajuan 4800km/j.  Lima kali lebih laju dari kapalterbang.  Laju namatey.

4. Kaca bukanlah benda pejal (solid).  Apabila disejukkan, kaca membentuk “amorphous solid” yang membolehkan molekul di dalam gelas terus bergerak.

5. Kaca boleh dikitar semula tanpa had dan tanpa mengurangkan kualiti atau menghilangkan ketulenannya.

6. Setiap botol di rumah kita tu hampir semuanya dalah kaca yang sudah dikitar semula.  Setiap botol kaca tu 25% konten dia dalah dari kaca lain sebelum ini.

7. Jika dibuang atau ditanam, kaca mengambil masa jutaan tahun untuk terurai (decompose).

Jadi, jom kumpul botol dan kitar semula.

Now you know.

#SuperDaddy
#SuperKids
#BedtimeStories
#NowYouKnow

Share

Believe It or Not  / Blog  / Knowledge  / Parenting

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved