“Daddy what is the north star?”
“Errr, is it the brightest star?”
“Yes, but why it is so bright?”
Jemmm.
“Do you know why it is so bright?”
“I don’t, daddy. That’s why I ask you.”
Hmmmm.
Lemah betul aku bila kena bab planet, bintang, solar system ni. Aku cuma tahu the north star atau bintang utara tu adalah bintang paling terang dan pelayar selalu gunakan dia sebagai rujukan untuk mencari arah di lautan.
Bumi kita ni berpusing atas paksi utara selatan (north pole n south pole). So bintang ni duduk betul-betul atas paksi utara tu. So, bila bumi berpusing, kedudukan dia tetap dan tak berubah.
So kita pusinglah dan sesatlah kot mana pun, kita tengok dia dan kita tahu dia tu kat utara, so kita automatik boleh tahu mana selatan, timur dan barat.
Cara dia, hadapkan wajah dan badan kita pada bintang tersebut dan depakan tangan. Tangan kanan menunjukkan arah timur dan tangan kiri menunjukkan arah barat. Belakang kita tu selatanlah.
Mudahkan?
Tapi macam mana nak kenal bintang utara tu?
Ini yang susah.
Nak kena kenal bentuk atau susunan bintang-bintang yang banyak tu dulu. Nak kena kenal Big Dipper dan Little Dipper. Bila kenal dua jenis susunan bintang ni sahaja baru kita boleh tahu yang mana satu northern star atau nama sebenar dia Polaris ni.
Kenapa dia sangat terang?
Yer, keterangan dia adalah 2,500 kali ganda dari matahari. Namun sebab jaraknya yang jauh kemain iaitu 1.33 parsec dari bumi, maka dia nampak kecil sahaja.
Parsec tu mende pulak?
Okeh, jarak 1 parsec bersamaan 3.26 tahun cahaya. Okeh 1 tahun cahaya bersamaan 5 trillion kilometer.
So jarak Polaris atau bintang utara ni dari bumi adalah 16.3 trillion kilometer.
“Whattttt, that is super-super far daddy.”
“Yes it is.”
“Can our spaceship jump into lightspeed, daddy?”
Oh mannn!
Leave A Reply