• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Bedtime Stories – Why The Sky Is Blue?

29/06/2020

“Daddy, why the sky is blue at noon and reddish when sunset?”

“Errr…”

“Do you know or you don’t know?”

“Err I don’t know.”

“Can you ask Google?”

“Okayyy.”

Demand betul anak aku ni.

Kenapa langit biru eh?

Jawapannya adalah sebab matahari.

Cahaya matahari nampak putih tetapi cahaya putih ini sebenarnya terdiri dari semua warna spektrum iaitu merah, jingga, kuning, hijau, biru dan ungu.

Waktu tengah hari, kedudukan matahari menegak dan jarak dia lebih dekat.  Dalam perjalanan nak sampai ke bumi dia kena melalui atmosfera dan molekul udara.

Waktu ni, sinaran cahaya yang bergerak dalam gelombang pendek seperti biru dan ungu lebih mudah diserap oleh molekul udara berbanding cahaya dari gelombang yang panjang.

So warna merah kuning dan oren tak diserap dan dipantulkan dan dipancarkan, jadi tak nampaklah kita warna tu.

Molekul udara hanya memancarkan cahaya yang dia serap sahaja iaitu ungu dan biru ke arah yang berbeza, memenuhi langit.

Namun mata kita lebih sensitif terhadap warna biru berbanding ungu jadi inilah sebabnya kita nampak langit tu biru.

Fuhhh, jelas kan?

Waktu lewat petang pulak, kedudukan matahari senget dah.  Jadi jarak cahaya nak sampai ke bumi jadi lebih jauh berbanding tengah hari.

Akibatnya, terdapat lebih banyak molekul nitrogen dan oksigen dan zarah lain yang dapat menyekat dan menyebarkan cahaya matahari yang masuk.

Dalam perjalanan jauh ni, sinaran cahaya gelombang pendek seperti biru dan ungu kebanyakannya ditapis dan disaring, jadi pengaruh gelombang ini terhadap warna langit pun semakin berkurang.

Yang tinggal hanyalah sinaran cahaya dari gelombang panjang iaitu merah, jingga dan kuning sahaja.

Sebab tu waktu matahari jatuh nampak cahaya merah, kuning dan oren yang lawa kemain tu.

Haaa tu dia.

Okeh, now we know.

p/s: Jenuh tau aku baca berulang kali nak bagi faham supaya dapat cerita dengan mudah dan ringkas nak bagi budak-budak dan korang pulak faham.

#SuperDaddy
#SuperKids
#BedtimeStories
#NowWeKnow

Share

Believe It or Not  / Blog  / Knowledge  / Parenting

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved