https://www.facebook.com/kapoww.enter/videos/324235708582179/
Nah gais video penuh Spiderman datang rumah.
Kisahnya bulan lepas waktu viral kisah diorang kat kubur waktu Mothers Day tu, owner Hamleys Malaysia baca. So diorang contact dan tanya anak-anak nak hadiah apa. Budak-budak ni cakap nak Spiderman.
Jadi Sabtu lepas team Hamleys datang bawa terus Spiderman untuk surprise awal-awal pagi waktu diorang baru bangun tidur.
So, seronoklah budak bertiga tu. Asyik tanya bila Spidey nak datang lagi. Asyik suruh aku beli baju Spiderman tu. Nampaknya aku nak kena cari costume satulah supaya senang. Cuma lecehnya perut aku ni ha.
Hmmmm.
Apapun, sekali lagi terima kasih banyak-banyak Hamleys Malaysia selaku the best toy shop in the world dan juga Kapoww Entertainment terutamanya Bro Farabi Zawali yang jenuh melompat terbang jadi Spiderman sebab sudi datang rumah dan gembirakan budak bertiga tu.
Korang yang nak Spiderman ke Superman ke atau apa sahaja watak Marvels atau DC untuk party atau apa sahaja boleh roger Farabi yer.
Farabi ni baik, sopan dan gagah orangnya, tak payah bagi makan pun takpe sebab takde mulut.
Bayar jer.
Hahaha.
#SuperDaddy
#3KSuperkids
#HamleysMalaysia
#KapowwEntertainment
Leave A Reply