Ramai yang selalu tanya anak-anak aku tidur pukul berapa tiap malam.
Biasanya kalau hari sekolah diorang tidur paling lambat 9.45 malam, biasanya dalam 9.30 tu semua dah dibuai mimpi dah. Kalau weekend bagi chance lah, dalam 10.30 macam tu.
Macamana aku bagi budak-budak ni tidur awal?
Nah, ni tips cara aku lah yer.
1. Bagi diorang letih. Kena bagi dia main, buat aktiviti fizikal atau biasanya bawa ke playground. Kadang-kadang tak sempat ke playground jadi aku beli trampolin kat Shopee brand Mamakiddies. Banyak option dan murah jer pun tapi ada kualiti dan berbaloi gila. Depa punya melompat tak ingat dunia.
2. Bagi depa makan kenyang. Kalau perut lapar memang sudah tidur lah. Kami dinner biasanya 6.30pm-7.00pm macam tu. Maghrib tu biasanya semua dah makan.
3. Elakkan benda manis. Kadang-kadang diorang bedal jugak, tapi aku sebolehnya cuba elakkanlah. Bila terlebih gula ni susah kemain diaorang nak tidur. So elakkan coklat, Milo atau apa sahaja yang manis.
4. Masuk bilik awal. Lepas Isyak sekitar 8.30-8.45 sahaja rumah aku in total darkness dah. Bergelap terus, semua lampu tutup. Yer kak, tutup semua lampu sampai gelap gelita. Sembang-sembang kejap sambil bedtime stories dan tak lama lepas tu semuanya tidur.
Termasuklah aku sekali selalunya.
Hahaha.
Leave A Reply