Tadi kami singgah dinner kat luar, Khaleef kata dia taknak makan kat rumah.
Sementara tunggu makanan sampai, jenuh aku ‘shhhh’ kan depa bertiga terutama si abang tu. Bising yakmat, banyak kali sangat aku jegil, silap-sila nanti ada kena cubit.
Adik-adik dia lebih mudah, when its no, then its no. Tak perlu berbalas hujah.
“Khaleef, it is too loud, can you slow down? You can’t shout like that.”
“But daddy, this is public place, rite? People can talk, I can talk too, rite?”
“Yes but you’re too loud.”
“See that people there talk louder than me.”
Hmmm, payahlah lagu ni.
Jenuh aku terang kenapa tak boleh bising kat tempat awam, kena behave, apa impak dia pada orang dan segalanya lah. Bukan pertama kali pun pesan macam tu.
Setiap kali aku nak pergi mana-mana, sebelum keluar kereta pesanan mesti berbakul-bakul dah. Peluk cium doa semua pun dah buat dah.
Jawapan dia pun standard, yes daddy, I understand, I will not do that.
Tapi, janji manismu jer bak lagu akak Wan Aishah Wan Ariffin.
Setiap apa yang dipesan tu itulah yang dia buat. Tak boleh menjerit, jeritan dialah paling kuat. Tak boleh merayap nanti hilang, dia akan sembunyi merata tempat yang dia nampak ada potensi untuk dia sembunyi sampai gelabah dan sakit jantung aku.
Selalu aku pesan jangan “role play” sewaktu berjalan, waktu tengah berjalan tulah dia berimaginasi naik jet pejuang atau tengah race car atau tengah berlawan dengan monster sambil melompat menikam dan mengkarate serta menjerit sesuka hati dan langgar orang sana-sini.
Aku kadang-kadang naik angin jugak.
“Please Khaleef, you promised me to behave, kan?”
“Sorry daddy, I don’t know whats wrong with me.”
Bila dia jawab macam tu, hmmmm.
https://www.facebook.com/khairul.m.abdullah/videos/10158489935117277/







Leave A Reply