“Daddy, why my hair keep getting longer?”
“Errr because..err”
“But why hair on your hand is always short, not getting longer, rite?”
“Errr..errr..”
Demm manalah aku tak tau nak jawab.
Kena ambik masa Google dulu lah kan.
So, kenapa rambut sentiasa memanjang dan bulu roma kekal pendek jer?
Susah oihh nak faham sains dia, tapi aku terangkan jugaklah secara mudah yer.
Rambut dan bulu ni tumbuh dari folikel di umbi rambut. Sel rambut akan sentiasa tumbuh di umbi dan lepas tu mati. Sel baru pulak tumbuh dan menolak keluar sel lama. Sel lama yang dok kena tolak keluar tu lah menjadi rambut.
Di kepala, sel ini diprogram untuk tumbuh mengikut fasa pusingan. Fasa pertama adalah Anagen iaitu fasa pertumbuhan biasanya selama 2-6 tahun ikut, orang. Rambut tumbuh sekitar setengah inci sebulan. Kalau setahun maka 6 inci lah. Kau darablah sendiri kalau 3 tahun atau 6 tahun.
Lepas tu dia akan masuk fasa berehat, dia tak memanjang dah tetapi rambut akan pecah dan gugur lalu rambut baru akan tumbuh. Fasa ni biasanya 10% jer yang berehat dan gugur, yang lain terus tumbuh. So proses ni berganti-ganti.
Bulu roma atau rambut di anggota lain pula diprogram untuk tumbuh sekitar beberapa bulan sahaja. So pusingan dia pendek dan bukan makan tahun macam rambut di kepala. Sebab tu dia naik panjang tu sahaja, maksimum dah tu dan masa fasa rehat dia akan gugur dan tumbuh bulu roma baru.
Haaa, faham tak?
Tak faham sudah.
Now the fun facts:
1. Rambut dibuat dari keratin, sama macam kuku, tanduk haiwan dan juga paruh burung.
2. Bila basah, rambut boleh meregang sehingga 30% dari panjang asal dia.
3. Rambut lebih cepat tumbuh dan panjang di dalam cuaca panas. Duduk oversea rambut lambat panjang okeh.
4. Semua rambut kita tu dah mati okeh. Yang hidup cuma yang masih dalam kulit kepala.
5. Rambut menyimpan maklumat tentang apa sahaja yang pernah masuk ke dalam saluran darah kita termasuklah dadah.
6. Banyak maklumat pasal kita boleh didapati dari rambut kecuali jantina. Rambut lelaki dan perempuan struktur dia sama sahaja, tak dapat dibezakan.
7. Rambut hitam semulajadi adalah yang paling biasa, rambut merah semulajadi adalah yang paling jarang. Hanya 2 % dari penduduk dunia berambut merah.
8. Bila cabut sahaja rambut, automatik rambut baru akan tumbuh serta merta.
9. Purata jangka hayat sehelai rambut memanjang adalah 5 tahun sahaja. Lepas tu dia masuk fasa rehat dan gugur dan rambut baru akan tumbuh.
10. Sehelai rambut boleh menampung berat 100gm. Kalau semua rambut di kepala sekitar 150 ribu helai digabungkan, dia boleh menampung berat 2 ekor gajah okeh.
Now we know.
Leave A Reply