• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Daging Perap The Bowls Theory. Sedap Kemain..

12/07/2020

Ni ha aku nak rekomen kat korang kambing dan daging perap sedap kemain.

Produk ni adalah hasil keluaran 4 anak muda rakan baik iaitu Muhammad, Redha, Yusuf dan Haziq, yang baru grad beberapa tahun lepas.  Diorang memang pakat berniaga makanan ni.  Cita-cita depa besar.

Sebelum ni depa berniaga nasi lemak, lepas tu buat foodtruck, lepas tu ada cafe di Selayang.  Dah cun dah tapi baru buka 5 bulan Covid-19 datang maka kena PKP, terus terbantut usaha mereka.

Tapi bagusnya anak-anak muda ni jenis tak putus asa.

Ini aku cukup respek.

Depa keluarkan pula produk kambing dan daging perap yang sedap kemain ni.  Alhamdulillah laris dan depa dah buka untuk ejen dan stokis pulak.

Aku dah rasa okeh, tengok dalam video.  Gigih aku rekod sebab nak rekomen kat korang.

https://www.facebook.com/khairul.m.abdullah/videos/10158503379647277/

Kambing import dari Australia, yang premium dan 100% halal punya.  Depa ambik bahagian shoulder tu untuk perap.  Bahagian tu memang lembut dan sedap.

Daging pulak depa guna bahagian Ribeye, pun lembut dan sedap sebab depa perap dengan rosemary, thyme, bawang putih yang cukup lengkap dan tak kedekut.

Puas hati weh.

Jadi, jom kita pakat support bisnes anak muda kita ni.  Page FB depa The Bowls Theory, IG depa thebowlstheory.hq.  Website pun ada juga.

Yang nak jadi ejen atau stokis pun boleh jugak.  Barang sedap ni laku keras, senang nak jual.

So yang berminat, boleh pergi tengok di website, fb page atau Ig depa.  Yang nak order terus boleh tengok nombor di bahagian komen okeh.

Jom support.

#SuperDaddy
#TheBowlsTheory

Share

Blog  / Cooks  / Foods  / Websites

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved