Wehh, raya haji esok korang nak masak menu apa?
Masaklah nasi arab wehh. Baru sedap sikit jamu mak ayah dan sanak saudara tu kan. Walaupun macam renyah sikit tapi jika segala rempah dah ada ianya sangat memudahkan.
Nah aku share resepi Nasi Mandy Ayam untuk korang cuba. Puas aku berperang kat dapur tengah hari tadi tau.
Bahan-bahan untuk Nasi Mandy:
3 cawan beras basmathi – rendam 30 minit dan toskan
1 pek rempah nasi arab El-Furqaan
2 helai daun salam/bay*
1 batang kulit kayu manis, sedikit pelaga dan bunga cengkih*
½ biji bawang holland dihiris*
5 ulas bawang putih dihiris.*
1 biji limau kering
1 pokok daun ketumbar
Semua bahan ini ada dalam pek Nasi Arab Mandy El-Furqaan
Cara nak buat dia:
1. Panaskan 5 sudu minyak zaitun dan tumis bahann bertanda bintang*. Bila dah kekuningan masukkan rempah nasi arab mandy dan kacau sekejap dengan api perlahan sampai naik bau.
2. Masukkan 700ml air dan juga limau kering dan biarkan mendidih. Bila dah mendidih masukkan daun ketumbar dan juga beras lalu kacau rata.
3. Biarkan nasi kering kemudian buat lubang di tengah nasi, masukkan aluminium foil, masukkan sesudu minyak zaitun dan masukkan seketul arang yang telah dibakar ke dalam minyak tersebut. Asap akan keluar berkepul dan tutup periuk dalam 2 minit kemudian buka dan keluarkan foil dan arang tadi. (Kalau takde arang maka skip langkah ni)
4. Masukkan pewarna kuning dan biar masak sepenuhnya. Dah masak biarkan dahulu selepas 20 minit baru gemburkan dengan garfu.
Siap untuk dihidangkan.
Ni pula cara nak buat Ayam Mandy pulak.
Bahan-bahan dia:
1 ekor ayam dipotong 8 dibersihkan.
1 pek perapan ayam mandy El-Furqaan.
2 batang serai, dikisar halus.
2 sudu besar minyak masak.
Cara nak sediakan dia:
1. Gaul perapan ayam mandy dengan serai dan minyak lalu perapkan pada ayam selama 4 jam.
2. Masukkan ke dalam oven dengan kepanasan 180 darjah Celcius selama 1 jam.
Siap. Namun kalau nak ayam lagi lembut, boleh rebus dulu ayam atau buat sup. Lepas tu keluarkan dan biar sejuk dan perapkan dengan perapan ayam mandy dan serai tadi. Bakar sama seperti di atas.
Okeh, nak buat sos Harrah pulak.
Bahan-bahan dia:
2 biji tomato.
2 biji cili merah/cili hijau ikut kesukaan.
½ biji bawang besar.
½ biji lemon diperah.
2 tangkai daun ketumbar.
Sedikit garam dan gula.
Cara dia, kisar semua bahan di atas dengan sedikit air. Siap.
Nak buat Salatoh atau Salsa tu pulak ya ampun senang sangat.
2 biji tomato di dadu.
½ biji bawang besar di dadu.
½ batang timun di dadu.
½ biji lemon diperah.
2 tangkai daun ketumbar dicincang.
Garam dan gula secukup rasa.
Cara dia, gaul jer semua dalam bekas.
Siap dah wehh.
Aku sarankan korang beli jer pek Nasi Arab Mandy atau Nasi Arab Kabsah keluaran El-Furqaan ni. Satu pek tu siap dah segala bahan kering dia, tak payah nak pening lagi dah.

Cuma kena beli ayam atau kambing, daun ketumbar, cili, tomato dan timun jer. Dah boleh masak nasi arab yang sedap untuk 5 orang makan.
Boleh beli di Shopee sebab kos pos dia murah.
https://shopee.com.my/nurizrin24/3339190572/
Harga RM18/pek. Namun untuk pembelian 15 pek ke atas boleh dapat harga ejen tau:
15 pek – RM15
30 pek – RM14
100 pek – RM13
Atau nak Whatsapp pun boleh.
https://www.wasap.my/+60197769400
Okeh gais, boler order sekarang untuk masak pada hari raya nanti.







Leave A Reply