Minggu depan ramai nak balik kampung, kan?
Ni aku nak share 5 sebab yang best bila anak-anak korang dapat ikat kat carseat.
1. Tenang dan damai weh. Budak-budak tak kacau, tak melompat ke sana sini. Diorang nak bergaduh pun payah sikitlah walaupun boleh jer. Cuma bila dah kena ikat ni langkah dia pendek. Bila bosan dia tidur jer.
2. Memudah dan menyenangkan. Tak perlu nak riba baby weh, dah ler tak selamat riba baby kat depan tu, lepas tu kalau tertidur boleh terlepas baby tu. Bila dalam carseat tu mak boleh tidur berdengkur, bapak boleh drive tanpa gangguan.
3. Lebih fokus tau bila anak-anak tak melompat sana-sini. Paling penting dalam pemanduan ni adalah fokus kita yang memandu ni. Kalau hilang fokus asbab gangguan dari anak-anak dan boleh jadi kemalangan. Bahaya weh.
4. Semestinya keselamatanlah kan. Sudah terbukti yang carseat ni membantu mengurangkan kecederaan dan menyelamatkan nyawa. Yer yer, memang mati di mana-mana, tapi takkan nak serah gitu jer. Kena Doa, usaha dan tawakal.
5. Paling best, mak ayah dapatlah masa untuk berdua dan bercinta kat depan. Dapat pegang-pegang tangan, dapat suapkan cikedis dan neskepe ais. Anak-anak tengok jelah sampai bosan dan tertidur.
Haa gitulah.
Paling penting untuk single parent macam aku ni. Dengan 3 orang budak kecik, carseat tu lah penyelamat. Bila drive boleh fokus, tiada gangguan. Bila berhenti tu takdelah budak tu pergi ke driver seat, pulas stereng, tarik gear dan sebagainya.
Jadi, usahalah untuk biasakan anak-anak duduk dalam carseat. Untuk keselamatan dan nyawa dia, juga untuk kebaikan dan kemudahan kita.
Aku dah pernah share tips 8 langkah untuk biasakan diri anak-anak duduk dalam carseat dulu, siap viral lagi. Boleh tengok link kat komen. Kat sini aku share point dia:
1. Belikan seat yang paling sesuai dan selesa untuk anak-anak.
2. Mulakan dari kecil, lepas bersalin keluar hospital tu terus masukkan dalam carseat, jangan dok ajar riba.
3. Berikan diorang rasa ownership ke atas carseat tu, baru diorang suka nak guna.
4. Sediakan kelengkapan, toys, makanan atau apa sahaja ubat penenang mereka dalam kereta.
5. Jadikan rutin, kena dispilin dan sentiasa beri peringatan tentang kepentingan carseat.
6. Berhenti rehat setiap 2 jam, anak-anak pun boleh kematu bontot duduk lama-lama dalam tu.
7. Selalu puji anak-anak bila diorang duduk dalam carseat tu.
8. Tiada pengecualian, keluar ke kedai pun guna carseat, nak pergi mall pun guna carseat dan nak balik kampung pun kena duduk dalam tu. Kena jadikan benda ni wajib.
Mudah jer kan?
Dalam sebulan dua juga budak-budak akan struggle, lepas tu diorang dah faham dan ok jer. Anak-anak aku semua dari baby lagi duduk dalam tu so memang takde masalah lah.
Benda alah carseat ni pun bukan mahal weh, kau buka Shopee cari brand Mamakiddies macam aku tu. Harga dalam RM120++ jer pun satu. Walaupun murah tetapi ada ECE safety approval okeh. Korang tengok review dia semua 5 bintang.
So, belilah.
Untuk yang ada anak-anak kecik terutamanya baby tu, ini masa terbaik untuk ajar anak duduk dalam tu.
Kerajaan pun dah nak kuatkuasakan ni penggunaan carseat ni.
Jom mula sekarang.
Leave A Reply