Boring dah makan daging?
Jom goreng sahaja spaghetti menggunakan garlic (Aglio) dan minyak zaitun (Olio).
Jadilah Spaghetti Aglio e Olio (Spaghetti with garlic and oil) yang original, asalnya dari Naples Itali itu. Itu sahaja bahannya, tiada udang, tiada sotong, tiada apapun.
Minyak zaitun tu panaskan dengan api yang perlahan, masukkan garlic dengan agak banyak. Biar dia perlahan-lahan caramelised, lepastu masukkan spaghetti yang masih basah baru dikeluarkan dari periuk bersama renjisan airnya.
Kacau rata dan masukkan parsly atau basil atau ketumbar yang dihiris halus. Kalau tekak Melayu, hiris cili padi dan taburkan bersama. Lepas tu letak garam serta lada hitam secukup rasa.
Hidangkan dengan parutan keju.
Simple namun sangat sedap.







Leave A Reply