• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Resepi Cereal Pancake Mudah oleh SuperDaddy

08/08/2020

Anak-anak mintak cereal untuk breakfast tadi.

Memandangkan cereal dah habis dan aku pun lupa beli maka aku buat Cereal Pancake. Best jugak weh, comel kemain.  Makan pun sedap, rangup-rangup lembut.

Bagi yang dah boring makan pancake cara biasa, jom kita buat cara luar biasa sikit.

Nah resepi Cereal Pancake mudah oleh SuperDaddy Khairul Abdullah.

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar/full cream/low fat atau apa sahaja
1 sudu gula
1 sudu kecil garam
1 sudu besar baking powder
1 biji telur
2 sudu butter yang telah dicairkan
1 sude kecil esen vanilla jika ada

Cara nak buat dia:

1. Campur semua bahan dan kacau sebati.  Masukkan dalam botol bermuncung atau ziplock dan gunting lubang kecil.

2. Panaskan non-stick pan dengan api paling kecil.

3. Picit dan titikkan bancuhan ke dalam kuali ikut saiz yang disukai.  Biar sampai keluar bubble/berlubang (sekitar 1-2 minit) dan balikkan sekitar 1-2 minit juga.

Siap.

Letak maple syrup, memang feel pancake lah.

Boleh nak makan dengan susu macam cereal, boleh nak letak butter dan maple syrup, boleh letak aiskrim dan apa sahaja yang manis.

Nak letak strawberry syrup pun bolehhhhh.

Anak-anak aku suka coklat gini.

Tapi kan, bercinta jugaklah nak dapat semangkuk cereal tu.  Empat round baru dapat semangkuk kecil.  Kalau kau sejenis orang tak gigih, maka tak payah buat lah.

Kalau kau rajin dan gigih macam aku, maka selamat mencuba.

#ResepiSuperDaddy
#pancakecereal
#Penkek

Share

Cooks  / Foods  / Recipes

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved