• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Drama Exam Aku Pagi Ini

09/08/2020

Drama tau aku exam pagi ni.

Sudahlah jam pertama aku jawab exam sambil meleraikan pergaduhan, sambil buat breakfast dan siapkan budak bertiga ni untuk kelas swimming.

Sejam gone gitu jer.

Sempat jawab soalan pertama itupun satu perenggan sahaja.

Lepas tu adik aku datang ambik diorang pergi swimming.  Yeahh, terus aku makan cheesecake sambil jawab soalan bertalu-talu.  Laju betul aku taip jawapan sampai terbabas-babas.

Layan weh, jawab exam sambil makan Mango Cheesecake hari tu yang belum habis lagi.  Rasa blur jer terus suap kek.  Telan jer terus idea datang, gitu.

Di minit-minit akhir, tinggal satu soalan sahaja lagi.  Nak kena jawab dalam 3-4 perenggan jugaklah lagi.

Aku tekan save jer komputer terus hanged baqhang.

Waktu-waktu ginilah dia nak hanged.  Terus aku menyesal sebab upgrade operating system beberapa hari lepas.  Benda elok dah jadi tak elok.

So nangis dalam hati seround sambil Whatsapp lecturer.

Siap aku screenshot dan tunjuk video komputer aku tengah hanged tu sebagai bukti yang sesungguhnya aku bercakap benar.  Aku minta extra 30 minit untuk aku selesaikan masalah tu.

Mujur lecturer cakap ok.

Usaha tangga kejayaan orang kata, jadi aku godek sana sikit sini sikit dan oklah semuanya.  Aku pun submit lewat 15 minit dari masa sebenar dan awal 15 minit dari masa yang aku minta.

So, tamatlah semester ini.

Alhamdulillah syukur.

Tak taulah boleh dapat DL ke tidak kali ni.  Apa-apa pun terima kasih buat semua yang sentiasa mendoakan aku.

Anak-anak dah balik swimming pastu taknak makan nasi tomato.

Hmmm.

#DiariSuperDaddy

Share

Blog  / Experience  / Workstuff

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved