Petang-petang Ahad yang redup berserta gerimis ni, pekena cucoq udang memang in lah.
Cuma nak buat dia sahaja tak berapa nak rajin kan?

Masalah bila buat cucur ni adalah tekstur dia. Ada kata kena bancuh tepung dengan air panas, ada yang bancuh air sejuk dari fridge, ada yang tambah baking powder, ada yang tambah telur dan minyak dan macam-macam lagi.
Kalau jenis memang suka memasak, maka benda ni kira macam experiment challenge lah. Kalau yang jenis sesekali masuk dapur, bila buat tak jadi terus kau give up lah.
Tapi meh aku share cara bagaimana buat cucur udang yang confirm jadi. Jadi tu maksudnya rangup (bukan keras okeh) dan lembut di dalam. Rangup tu pulak tahan lama.
Apa yang kau perlukan?
300gm tepung coq udang
20 ekor udang, dibersihkan dan buang kulit kalau mahu.
2 genggam taugeh. Yang jenis tak makan taugeh sila abaikan atau gantikan dengan kobis.
1 labu bawang besar dihiris nipis. Abaikan kalau tak minat bawang.
1 genggam kucai yang dah dipotong.
Dah, 4-5 bahan tu sahaja.
Nak buat dia lagilah mudah.
1. Bancuh tepung tadi dengan air biasa sahaja. Jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair.
2. Masukkan taugeh, kucai, bawang dan udang. Kacau sebati.
3. Goreng sampai rangup.

Dah siap. Boleh hidang dengan sos cili, sos thai, kuah kacang atau sambal kicap. Kami orang Kedah makan cicah kuah kacang.
Jadi, kalau kau jenis sentiasa kecewa sebab buat coq udang tapi kejap keras, kejap lembik, kejap kembong kejap leper maka haruslah kau cuba tepung segera ni macam yang aku guna tu.
Ini bukan sebarang tepung tau, ia adalah campuran 6 jenis bahan termasuk 3 jenis tepung khas. Kompom jadi okeh. Cuma perlu tambah air, taugeh, kucai dan semestinya udanglah kan.
Satu pek tepung ni boleh dapat dalam 30 biji cucur udang yang rangup dan sedap. Dapatkan di sini yer:
Cubalah.







Leave A Reply