“Cikkkkk ada epassss takkkk?”
Fuh lagi sebatu belum sampai pagar lagi makgad dah melaung bertanya epass. Garang kemain.
Apa lagi kelam kabut aku buka apps cari pass aku.
Sebatu juga aku dah angkat dan goyang-goyangkan phone tanda aku dah ada pass. Macamlah dia nampak, tapi dia angkat tangan tanda ok.
Ingatkan dia nak lepas gitu jer, sampai dekat dia minta lagi.
“Boleh tengok epass encik?”
Garang lagi weh.
Aku pun tunjuklah.
“Selamat menunaikan solat Jumaat yer encik.”
Aihh lembutnya suara dia.
Gitulah orang pompuan ni kan.
Kejap gitu jer dia bisa bertukar-tukar suara.







Leave A Reply