• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Corvan AF Moist Butter Cake Ala Superdaddy

07/08/2021
Mujur mudah jer tau buat buttercake guna Air Fryer (AF) ni. Anytime terasa nak makan boleh terus buat.
Dah ler mudah, elektrik pun jimat tau berbanding pakai oven biasa tu. AF ni paling best sebab cepat betul masak guna dia ni. Nak panaskan makanan pun lebih best guna AF ni berbanding microwave.
Nah butter cake togel yang klasik.
Jomlah petang ni kita buat “Corvan AF Moist Butter Cake” ala Superdaddy yang mudah yakmat.
Bahan-bahan dia:
1 unit Air Fryer – aku guna brand Corvan XXL (5L)
100gm mentega – pada suhu bilik
120gm gula
100gm tepung gandum
2 biji telur – pada suhu bilik
½ sudu kecil Baking Powder
1 sudu kecil esen vanilla
30ml susu segar – pada suhu bilik
Ni jer pun bahan-bahan untuk buat butter cake.

Cara nak buat dia:

1. Masukkan butter dan gula ke dalam bekas dan pukul hingga kembang dan masukkan sebiji telur dan pukul lagi hingga kembang dan barulah masukkan telur yang kedua dan pukul lagi.

2. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi dan seterusnya masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul sebati. Kemudian masukkan susu dan pukul lagi sampai semuanya sebati dan seia sekata.

3. Panaskan airfryer 200 degree selama 5 minit. Sambil tu, lapik loyang dengan baking paper dan sapukan minyak atau marjerin atau butter pada paper. Kemudian tuangkan adunan kek ke dalam loyang dan ratakan.

4. Ambil aluminium foil dan tutup adunan dan loyang tadi dan tebuk lubang-lubang kecil menggunakan pisau. Masukkan loyang ke dalam airfryer pada suhu 160 degree selama 30 minit.

5. Dah siap 30 minit, buka airfryer, keluarkan aluminium foil dan bakar lagi sekali kek tersebut selama 10 minit pada suhu yang sama.

Siappp.

Dia punya tray boleh keluarkan dan asingkan. Lebih praktikal.
Budak kecik ni selalu nak kacau.
Ratakan semua sebelum masuk AF.
Okeh, adunan tadi tutup dengan aluminium foil dan tebuk lubang atas dia. Nak bagi moist tu kekal kat dalam okeh.
Pastu barulah masukkan. Just tolak masuk jer sampai dengar bunyi klik. Nanti panel LCD akan terus hidup.
Set lah kepanasan pada 160 darjah celcius selama 30 minit.
Lawa aihh air fryer Corvan ni. Kaler hitam diserikan dengan copper tu yang buat dia nampak mahal. Harga RM280++ jer pun.

Senang weh buat kek guna AF Corvan ni.

AF ni ada teknologi pemanasan aliran udara 360 darjah untuk memasak dengan lebih sekata. Dia guna butang digital untuk set suhu dan masa dan paling best dia ada 8 fungsi memasak yang telah ditetapkan. Pilih jer nak masak apa, masukkan bahan, tekan butang, siap.

Corvan AF ni tray dia tu boleh buka dan asingkan. Senang nak cuci dan lebih lasak sebab diperbuat dari material yang berkualiti dan bagus. Dengan saiz 5L, ayam seekor senang-senang jer nak panggang dalam ni tau.

Harga pun murah kemain, cuma RM288 sahaja.

Dapatkan segera di sini:
https://shp.ee/dy2ni7s
https://shp.ee/dy2ni7s
https://shp.ee/dy2ni7s

Masuk cart siap-siap tau. Nanti malam tepat jam 12, terus masukkan shop voucher code ni untuk dapat 5% diskaun:
CORVANKA

Praktikal sangat ada AF ni. Kalau panaskan ayam KFC dia rangup balik, panaskan goreng pisang pun dia rangup balik. Nak goreng fries, nugget pun masuk jer dalam tu. Nak panggang ayam boleh, nak buat kek boleh, serba boleh.

Lepas ni macam-macam tau korang boleh masak untuk keluarga.

Hidangkanlah dengan penuh cinta.

Gittewww.

#superdaddy
Share

Blog  / Cooks  / Foods  / Gadgets  / Lifestyle  / Recipes  / Websites

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved