Semalam, untuk kesebelasan kalinya saya menonton filem Laskar Pelangi. Filem Indonesia yang ditayangkan pada tahun 2008, hasil arahan pengarah muda indonesia iaitu Riri Riza dan diterbitkan oleh Mira Lesmana. Filem adaptasi dari novel terkenal Laskar Pelangi hasil karya Andrea Hirata merupakan filem yang ke-4 paling ramai ditonton di Indonesia.
Kenapa perlu saya menonton sampai sebelas kali?
Saya seorang peminat filem. Saya menonton pelbagai jenis filem, melayu, cina, tamil, hindustan, korea, inggeris, perancis, jerman dan lain-lain lagi. Namun filem yang paling kerap ditonton ialah filem inggeris, melayu, korea dan indonesia.
Saya pernah mengulas tentang filem ini 2 tahun lepas, tetapi malanngya artikel tersebut telah hilang sewaktu hosting server saya “crashed”. Saya menulis lagi kerana saya rasakan ia sebuah filem yang perlu ditonton apatah lagi bagi mereka yang mempunyai anak yang bersekolah. Saksikan filem ini di Youtube
[quote]Kegigihan guru di dalam mendidik anak bangsa supaya berjaya dan kegigihan murid belajar untuk merubah nasib diri dan keluarga sangat memberi impak yang besar kepada diri saya.[/quote]
Filem Laskar Pelangi adalah sebuah filem yang sangat indah bagi saya. Sebuah filem yang cukup sempurna buat saya dari segi penceritaan mahupun teknikal. Sinematografi yang sangat cantik dan mengesankan, pencahayaan yang bagus dan lain-lain lagi. Namun aspek teknikal yang bagus bukanlah menjamin sesebuah filem itu turut bagus. Ia memerlukan kesinambungan kedua-dua aspek tadi. Filem ini memiliki kedua-duanya.
Berkisar kehidupan 10 orang murid sekolah yang datang dari keluarga miskin di Pulau Belitung (pulau kecil di Tenggara Pulau Sumatera, Indonesia) dan sebuah sekolah tertua yang masih berusaha meneruskan legasi pembelajaran secara rohaniah dengan penuh keterbatasan. Kegigihan guru di dalam mendidik anak bangsa supaya berjaya dan kegigihan murid belajar untuk merubah nasib diri dan keluarga sangat memberi impak yang besar kepada diri saya.
Filem ini sangat “simple” mudah, tidak ada dialog yang tidak boleh difahami, semuanya jelas dan mendalam. Durasi filem selama 1 jam 59 minit pasti membawa anda menyusuri kehidupan masyarakat di Pulau Belitung yang sangat ringkas namun penuh kepayahan di dalam meneruskan hidup. Ada kegembiraan, ada kedukaan, namun mereka gigih dan tabah.
Hanya ada beberapa nama besar yang turut berlakon di dalam filem ini iaitu Alex Komang (ayah Lintang), Cut Mini (Ibu Muslimah) dan Ikrnagara (Pak Harfan) dan seorang dua lagi selebihnya adalah pelakon-pelakon yang berasal dari pulau tersebut. Sepuluh orang “laskar pelangi” tersebut juga merupakan anak-anak pulau tersebut yang telah terpilih setelah ujibakat dibuat.
[quote]Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya[/quote]
Sungguh mengesankan apabila 10 orang anak-anak “asli” pulau tersebut melakonkan watak berkisar kehidupan seharian mereka dan bertutur di dalam dialek mereka sendiri. Jadi anda menonoton sebuah kehidupan sebenar..bukannya sebuah filem.
Antara dialog yang paling diingati adalah ungkapan Pak Harfan (guru besar) “Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya”. Itulah juga yang saya pegang selama hidup saya, berilah, tolonglah dan bantulah semampu boleh dan jangan harapkan balasan.
[quote]Laskar Pelangi bukanlah sebuah filem cinta, sebuah filem komedi atau sebuah drama – ia sebuah kehidupan. Dan ianya yang paling mempersonakan yang pernah saya saksikan di dalam hidup.[/quote]
Saya tidak mahu memberi ulasan yang panjang atau menceritakan sinopsis filem ini. Cukuplah dengan mengatakan bahawa sebuah filem yang “kecil” ini merupakan sebuah filem yang sangat besar buat saya. Saya mampu menontonnya untuk kesebelasan kali dan mungkin mampu untuk terus menontonnya untuk keratusan kali. Setiap kali menonton, dialog serta babak-babaknya akan terus membuai saya untuk beberapa hari. Bagi sesetengah orang, air mata pasti menitis – bukan sebab kesedihan..tetapi keindahan sebuah kehidupan.
Laskar Pelangi bukanlah sebuah filem cinta, sebuah filem komedi atau sebuah drama – ia sebuah kehidupan. Dan ianya yang paling mempersonakan yang pernah saya saksikan di dalam hidup.








15 Comments
Diakui filem ini adalah yang terbaik dan sangat mengesankan, tapi saya lebih dulu membaca novelnya sebelum ia dijadikan filem.
Setuju juga keberjayaan sebuah filem bukan pada skrip atau sinematografi saja, tapi merangkumi semua dan dalam kes ini, sifat cerita yang ‘humble’ ini adalah tarikan utama, sarat elemen pengajaran bagi saya. Benarlah pendapat En Khairul, filem ini adalah sebuah kehidupan yang benar-benar berpijak di bumi nyata. Dalam banyak perkara, terutama pembikinan filem, Indonesia masih mendahului kita. Saya cadangkan sdr menonton ‘Gie’, juga arahan Riri Riza. Filem ini pernah dikhabarkan mendapat hit tertinggi dan menjadi kebanggaan sebahagian besar generasi muda Indonesia. Saya sudah menontonnya berkali-kali kerana tertarik dengan semangat Soe Hock Gie lakonan Nicolas Saputra. Ketepikan Nicolas, yang mengujakan ialah dialog/ideologi watak utamanya dalam kehidupan…
Cik Shasha,
Ya, saya pernah mengetahui tentang filem Gie ini ditayangkan sekitar tahun 2005 tak silap saya. Tetapi belum berpeluang menonton. Saya pasti akan menontonnya nanti. Thank you.
Assalamualaikum Yob Khairul,
hmmm macam bagus jalan citer dan ada substance. Akak pun rajin tengok ‘foreign’ film, read non-Hollywood punya. Nanti kalau rajin akak cari filem ni di Youtube. Khairul penah tengok filem Turki? Diorang ada gak hasilkan filem2 yg bagus dan menarik jalan citer dia. Yg terkini akak tengok tentang kehidupan masyarakat Kurdish.
W’salam Kak Yong,
Laskar pelangi adalah filem wajib tonton, nanti ada masa kak yong tengoklah, saya ada bagi link kat youtube tu. Saya pernah tengok 2 kali filem Turki cerita moden lah kat tv – takde subtitle..tak paham 🙂 tetapi sebab cerita tu agak best saya layan jer. Tapi antara filem lain yag kerap saya tengok adalah filem dari Iran..banyak yang bagus dan yang menang award.
salam…
aku tgk 2 kali.
bagus cerita nih.
yg syok.
dia cakap macam org malaysia eh..?
.
TM,
Ye betul, dialek bahasa “Melayu Riau” lebih seperti melayu di Malaysia terutama di selatan tanahair, mudah dan senang difahami.
🙂
Banyak memberi motivasi dan inspirasi.
Walau berapa kali membaca novelnya atau berapa kali menonton filemnya.
Ada satu lagi karya Andrea Hirata, Sang Pemimpi, juga banyak memberi kesan di hati. Saya tak dapat baca novelnya, cuma tengok filem aja. Huuu…
oh i lupa nak nonton movie ni…but i will…
Nenet, you should nonton…jgn lupa tau..i dah bagi link youtube tu.
Pn. Lily,
Ya, saya sedang berusaha mencari filem tersebut untuk ditonton..kat youtube ada sebahagian sahaja. Ekspektasi saya tinggi dan saya harap ianya lebih bagus atau “at par” dengan laskar pelangi.
Saya selalunya mencari ulasan/review terbaik dulu sebelum menonton sesuatu filem. Dah lama dgr tentang citer Laskar Pelangi yg menarik ini, tak pernh lagi berpeluang menontonnya.
Baca komen2 kt sini, rasanya memang kena cari masa yg sesuai ni (sorang-sorang, tiada ganggua) utk menonton filem ni.
Su,
Carilah masa yang sesuai di hujung minggu dan ajak Aisya tengok sekali. Banyak pengajaran terutama untuk anak.
sy ada semua tetralogi laskar pelangi…sy juga sudah menonton film ini di bandung…sy juga ada vcd laskar pelangi…sy dh ulang baca novel laskar pelangi puluhan kali sampai kusam…yg plg best laskar pelangi dan edensor…
Lintang lambang kelelakian yang kian pupus pada masa kini… Bijak dan sanggup berkorban…
Best ever film..menangis juga sbb crita sgt menyentuh hati..tgok bnyk kali x jemu..