• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Mana Akhlak Dan Adab Seorang Pemimpin?

06/08/2021

https://www.facebook.com/729777276/videos/350676356683854/

Malu juga aku sebagai orang Kedah dan ada menteri besar yang takde common sense bila bercakap.

Dah ler tak ada akal budi, siap dengan pakej sombong pulak tu. Orang tegur di media sosial, dia siap balas dengan nada menganjing. Beli basikal baru, post dalam FB dan menganjing suruh orang viral.

Mana akhlak dan adab seorang pemimpin?

Dulu kes test drive. Kemain menafikan bila diviral. Siap spin cerita dan orang yang report pulak dimaki hamun.

Akhirnya mahkamah putuskan dia yang bersalah. Penipu betul.

Pemimpin apa ni?

Jarang-jarang aku nak bercakap pasal pemimpin ni. Tapi yang ni memang melampau. Boleh buat bergurau-gurau pula pasal hidup mati ni.

Apabila ditanya wartawan tentang kecukupan dan persediaan kontena jenazah, dia jawab;

“Kontena jenazah mencukupi, sapa nak masuk bagi nama.”

Amboihhh!

Tak sensitif ke? Takde perasaaan ke? Benda hidup mati orang dibuat main. Belum ada saudara mara dia mati kena covid kot? Bukan semua benda kau boleh buat lawak wehh.

Berpuluh ribu orang mati sebab covid. Ramai anak-anak jadi yatim piatu sekelip mata, ramai hilang pasangan dan sanak saudara. Ramai orang berduka.

Dia boleh buat main-main.

Hmmmmm.

Gais, nanti nak mengundi, pilihlah pemimpin dikalangan mereka yang bijak, ahli dalam bidang dan ada akhlak dan adab yang baik yer.

Zaman internet dan media sosial ni perangai setiap orang kita dah boleh tau dah. Yang jenis samseng, kojaq, cakap putar belit, penipu dan penunggang semua kita kenal siap-siap.

Semoga nanti kita pilih yang baik-baik sahaja. Yang boleh buat kita bahagia dan bukannya sakit hati.

Semoga kelak kita tak menyumpah seranah manusia sebegini macam hari ini.

Titik.

#superdaddy

Share

Blog  / Complaints  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved