Tadi aku singgah McD.
Aku order 3 Happy Meal + 1 regular fries. Since aku bayar guna Visa, depa akan bagi free 1 tin 100 Plus dan juga 1 regular fries percuma.
So, aku akan dapat 5 fries semuanya. 3 fries memang dalam set Happy Meal, 1 fries yang aku tambah, dan 1 fries yang diberi percuma.
Aku pun gembira memandu ke kaunter untuk ambil mkanan yang aku pesan. Adik manis tu pun hulurkanlah 3 minuman, 1 tin 100 plus dan 1 paperbag besar. Aku tanya adik tu,
“Semua dah ada dalam ni ke dik?”
“Yer cik, semua dah ada.”
“Betul yer dik, saya malas nak check ni.”
“Yer cik, semua dah ada.”
Aku pun ucapkan terima kasih dengan senyuman paling manis dan kacak sebagai bonus dan pembakar semangat untuk dia berkerja dengan lebih dedikasi.
Sampai di rumah, Happy Meal semua ada, minuman semua ada, fries yang aku order tak ada, dan fries yang dijanjikan free bila bayar guna Visa pun tak ada.
Sepatutnya dapat 5, cuma dapat 3 yang dalam Happy Meal tu sahaja.
Hmmmm.
Takdelah kecewa, cuma aku cakap kat Khaleef yang depa missing 2 pek fries sebab tu aku pau fries dia. Takkan nak patah balik pergi McD, aku tambah lagi.
“It’s ok daddy, McD will make you fat. Don’t bother.”
Kahhhh.
Kalau korang jadi aku korang buat apa?
1. Pergi balik ke McD dan protes dan dapat balik 2 fries berserta sundae sebagai pengubat lara?
2. Buat bodoh sahaja, sebab McD memang menggemukkan?
3. Anggap sebagai kifarah, sebab dulu pernah sembunyi lauk bawah sayur dan nasi ketika nak bayar makanan yang tak mampu?
Bincangkan.







Leave A Reply