• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Dymo Letratag Label Maker – Mudah dan Stylo

19/08/2021

Benda alah label maker ni aku beli 6 tahun lepas sebab arwah wife yang suruh. Dia kata nak hantar anak ke tadika ni nak kena label botol susu tu. Aku ni ingat nak tulis pakai marker jer. Tapi biasalah orang pompuan selalu menang.

Aku akur.

Tapi bestlah benda ni. Lepas ada jer ni segala mak nenek barangan rumah, stationary kami label habis.

Nak guna pun mudah, masukkan bateri, tekan on. Pilih format tulisan yang kita nak, pilih saiz dan dah boleh start tulis. Dah siap tekan print dan dia pun print lah keluar. Siap.

Label tu boleh pilih, nak kertas ada, nak plastik pun ada. Kalau benda yang selalu kena air guna label plastic, tahan lama sikit. Kalau pakai kertas jenuh print tampal lah.

Harga dia sekitar RM130++ satu tapi aku jumpa paling murah kat Shopee cuma RM108 sahaja. Jimat banyak weh.

Label dia tu yang original sekitar RM18 satu tapi beli yang biasa jer cuma RM8++. Murah sangat dah tu.

Dia pakai bateri AA tu 4 biji. Sejak 6 tahun pakai ni aku baru tukar bateri sekali jer. Memang tahan lamalah sebab bukannya kau print label setiap hari pun kan.

Jadi kalau kau sejenis manusia yang suka menyusun, melabel segala benda maka benda alah ni sangat berbaloi untuk kau.

Dymo Letratag Label Maker: https://shp.ee/mzq4qqz
Dymo Letratag Label Catridge (Ori): https://shp.ee/22yc3yz
Label Catridge Murah: https://shp.ee/x3ge5xz
Bekas simpan rempah yang cun: https://shp.ee/v7i84gh

Belilah satu weh. Kita pakat-pakat label habis semua benda dalam rumah.

Aku pun dalam proses nak label semua barang milik aku ni.

Termasuklah,

Kamu.

Hiks.

#superdaddy

Ini adalah benda paling penting nak kena label. Kita ambik masa berbulan nak hafal. kalau orang lain nak tekan suis memang jenuh cublah satu demi satu.
So kita label biar jelas.

Dymo Letratag Label Maker – https://shp.ee/mzq4qqz
Label Catridge – https://shp.ee/x3ge5xz
Aku beli botol rempah ratus yang baru, so tengah label lah ni. Botol tu best weh, kedap udara dan ada sudu siap-siap. Cuma RM2.50 satu.

Botol Rempah Ratus: https://shp.ee/v7i84gh
Dymo Letratag Label Maker – https://shp.ee/mzq4qqz
Label Catridge – https://shp.ee/x3ge5xzStapler tu tak jual okeh. Tapi Superdaddy tu boleh bincang kalau nak.

Lepas kau print kau tekanlah button tu untuk potong.
Aku mulanya print besar sangat. Extra large tu, tak cun aih. So aku ambil medium, sedap sikit tengok.
Ini katrij label yang bukan ori tau, harga dia RM8++.
Boleh beli kat sini:
Label Catridge – https://shp.ee/x3ge5xz
Ini katrij label yang original punya okeh. Boleh beli kat sini:

https://shp.ee/22yc3yz

Share

Blog  / Gadgets  / Lifestyle  / Tips  / Websites

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved