• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Burnt Ayam Golek

31/08/2021

“Daddy, why you buy burnt ayam?”

“I bought ayam golek, but they give us burnt ayam. It’s ok. Kita cuba makan mana yang boleh, ok.”

Akhirnya bebudak semua suruh aku goreng sosej, aku makan ayam rentung keras. Begitulah, kalau dah bukan rezeki nak makan ayam golek.

Waktu nak order dia tulis Set Ayam Golek bersama nasi putih untuk 3 orang makan harga RM30. Aku dok bayang ayam golek seekor saiz kecil yang biasa aku tengok tepi jalan tu. Ataupun ayam separuh lah dengan harga tu.

Yang sampai adalah ayam kecil (bahagian thigh dan peha) dipotong. Aku tak kisah pun pasal saiz, tapi bila rentung tu yang aku tak tahan. Nak kata diorang tak perasan atau tersalah bagi macam tak logik sebab memang rentung tu terang-terang nampak bila kau buka bekas.

Maknanya waktu dia masukkan dalam bekas tu memang ayam rentung yang dia nampak. Rentung tu aku ingat kulit je. Aku kikislah buang, tapi isi dah keras yakmat. Aku nak makan pun payah apatah lagi anak-anak.

Aku jarang komplen bab makan ni.

Semua benda aku hadap, sedap ke tak aku bedal. Rezeki aku taknak bazir. Tapi yang ni dah sampai tak boleh makan separuh. Yang separuh sahaja dapat makan. Tapi, sedap juga ayam tu sebenarnya.

Alhamdulillah, rezeki Merdeka gitu.

Cuma untuk ingatan buat kita yang berniaga, pastikanlah produk yang kita berikan kepada pelanggan adalah yang terbaik. Semoga dengan berikan yang terbaik, rezeki kita Allah gandakan sehingga melimpah ruah.

Aku pernah beli rambutan kat Shopee RM4 jer, sekotak besar mau dekat 5 kilo kot siap bagi manggis percuma lagi. Dah ler siap susun buah rambutan tu dalam kotak satu persatu berbaris elok jer. Nak usik pun sayang. Punyalah dia bagi yang terbaik untuk pelanggan dia.

Peniaga begini memang sentiasa disebut dalam doa para pelanggan dia. Jika kita memberikan yang terbaik, kita juga akan mendapat pulangan yang terbaik.

Semoga kita semua terus maju dan sentiasa diberikan rezeki yang melimpah ruah olehNya. Aamiin.

Selamat Hari Merdeka.

#superdaddy

Share

Believe It or Not  / Blog  / Foods  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved