• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Baked Macaroni With Cheese Style Superdaddy

27/08/2021

Macam lasagna, tapi bukan. Ini makaroni yang dibakar bersama keju. Ini kegemaran anak-anak. Nak buat dia pun mudah aihh.

Aku guna bahan yang ada sahaja. Yang takde aku tak susah hati, kita buat dia.

Jom buat Baked Macaroni With Cheese style aku ni.

Bahan-bahan yang kena ada:
150gm makaroni. Rebus bersama sedikit garam dan toskan.
1 cawan air rebusan makaroni tadi.
200gm ayam kisar atau daging kisar.
1 biji ubi kentang, ptotong dadu.
1 batang carrot, potong dadu.
1 biji bawang holland, potong dadu.
3 ulas bawang putih, racik halus.
100gm butter untuk menumis.
5-7 biji cendawan butang, hiris halus.
½ cawan krim masakan atau susu segar.
1 pek keju mozarella.
6 biji telur, dibasuh dan dipukul sebati.
Sedikit garam dan lada hitam.

Cara nak buat dia:

1. Panaskan butter sampai cair dan tumis bawang holland dan bawang putih sampai layu dan harum. Kemudian masukkan ayam atau daging kisar dan kacau sekejap sampai masak.

2. Masukkan kentang dan carrot dan kacau sampai agak lembut. Lepas tu masukkan krim atau susu berserta ½ cawan air rebusan makaroni tadi. Biar didih.


3. Masukkan makaroni, kacau sebati agar kuah tu kering dan memekat kemudian masukkan garam dan lada hitam. Kaca lagi dan masukkan pula mozarella sesedap rasa. Ikut sukalah nak banyak mana.

4. Cuba rasa, kalau dah ngam so boleh pindahkan ke dalam bekas/tray untuk dibakar.
Masukkan telur biar semua bahagian bersalut. Kemudian taburkan mozarella biar menutupi permukaan.


5. Bakar dalam air fryer pada suhu 180 degree selama 20 minit.

Siappp.

Kalau kau suka dia kental dan senang potong kau bakar lama sikit. Biar telur tu betul mengeras dan pegang semua makaroni tu, so kau boleh angkat keluar seketul.


Kalau takde air fryer, bakar dalam oven okeh. Preheat dulu, dan bakar pada suhu yang sama tapi lebihkan masa sikit.

Air Fryer yang besar 7.5L tu memang sangat membantu. Korang boleh beli kat sini: https://shp.ee/jgjzu93

Bekas comel 3 biji buat bakar-bakar tu boleh beli kat sini: https://shp.ee/bwrsy6d

Sealing clips yang aku pasang pada plastik makaroni tu korang boleh beli kat sini: https://shp.ee/mzcihyh

Periuk oren tu besi “cast iron” okeh. Berat nak mampuih. Kalau nak boleh tengok di sini: https://shp.ee/ux2uatv

Cubalah, sesekali kita makanlah ala-ala omputih pulak yer.

Asyik-asyik asam podeh jer pun boring jugak kan?

#superdaddy

Share

Blog  / Cooks  / Foods  / Recipes  / Websites

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved