Gulai Daging & Rebung Stail Utara.
Tapi macam biasalah, aku simplified selagi boleh. Takde aksi tumbuk menumbuk atau kisar mengisar dah. Rasa dia tetap padu dan nasi haruslah bertambah.
Nah cara nak buat dia.
Bahan-bahan:
1kg daging + tulang sikit kalau ada.
2 pek kecil rempah kari daging Cap O: https://shp.ee/h64j7he
3 ulas bawang merah dimayang halus*
3 ulas bawang putih dimayang halus*
1 inci halia dimayang halus*
1 sudu rempah 3 sekawan.*
300gm rebung: https://shp.ee/d2545i3
1 cawan santan pekat.
2 sudu kerisik.
Garam secukup rasa.
Cara nak buat dia:
1. Tumiskan bahan bertanda * sampai harum dan masukkan rempah kari daging Cap O yang teklah dibancuh dengan sedikit air menjadi pes. Tumiskan sampai pecah minyak.
2. Masukkan daging + tulang. Tulang tu sebaiknya rebus dahulu atau masukkan dalam pressure cooker agar daging lembut dan lekang dari tulang. Kacau sebati dengan rempah tadi dan masukkan rebung dan kerisik lalu kacau lagi biar sebati. Dah tu masukkan sedikit air biar semua bahan tenggelam dan tutup tudung. Biar sekitar 30 minit.
3. Masukkan santan dan garam dan masak lagi selama 10 minit.
Siap dan hidangkan dalam periuk lawa yang beli di Shopee dengan harga RM26 sahaja. Beli di sini: https://shp.ee/h9egmtz
Sentiasa gunakan Rempah Kari Cap O Original untuk hasil yang original, padu dan lazat. Boleh dapatkan di sini:
https://shp.ee/h64j7he
Menu ni terhasil tiap kali mak aku datang. Dia akan suruh aku masakkan okeh. Dia kata gulai aku sedap dari yang dia masak. Aku ni pantang kena puji, terus berkejaran ke dapur.
Inilah waktu nak bahagiakan mak ye dak.
Tumis dulu, bawang putih, bawang merah, halia, daun kari, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
Masukkan rempah kari daging legend Cap O yang dibancuh dengan sedikit air. Tumiskan sampai pecah minyak.Rempah sedap ini boleh beli terus di sini:
https://shp.ee/h64j7he
Lepas tu masukkan daging + tulang dan sedikit lemak jika ada dan gaul sebati.

Lepas tu tambah rebung dan sedikit air biar semua bahan-bahan tenggelam, tutup dan masak sehingga daging empuk. Dalam 30 minit macam tu.







