Anak autistik aku ni kalau kena menulis dia akan mudah moody.
Dia sangat tak suka menulis, apatah lagi kerja sekolah yang kena salin ayat berulang kali tu. Dia akan marah kenapa perlu tulis banyak-banyak kali.
Cara dia pegang pensil juga berbeza.
Aku perasan ramai anak autism ada isu yang sama. Dulu doktor sarankan beli alat khas untuk bantu dia pegang pensil dengan betul. Dia guna sekejap jer lepas tu hilang entah ke mana. Malas dah aku nak beli lagi.
Aku buat research pasal kekurangan dia ni.
Kajian universiti memang mengesahkan apa yang anak sulung aku alami. Memang depa tak suka menyalin (copy) tulisan/ayat yang sama berulang kali. Depa menulis slow, lalu akan jadi stress dan mengamuk.
Aku ingat beberapa kali cikgu bagitau dia mengamuk di kelas sebab taknak buat kerja menyalin ni. Bagi kerja lain semua ok, tapi bab menulis dan menyalin ayat ni memang mengamuk sakan dia.
Di rumah pun sama. Bila aku suruh salin semula ayat-ayat tu memang dia tak akan buatlah. Dia hanya tulis sekali sahaja dan kalau kena salin 5 kali memang terus dia stop.
Tapi kalau suruh melukis, memang championlah dia.
Aku perasan sebab apa dia tak suka tulis adalah sebab cara pegang pensil tu tak betul. So kerja menulis tak smooth, tak pantas dan menyukarkan. Aku perhati juga anak autism lain, ramai yang pegang pensil macam dia.
Anak korang pegang pensil betul tak?
Kalau tak boleh cuba benda alah ni: https://shp.ee/49u6bud