• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Perarakan Christopher Street Day // Apa tu?

24/07/2012

Hari sabtu yang lepas, seperti biasa adalah hari untuk “shopping”. Maklum saja lah kerana hari Ahad semua kedai tutup, jadi hari sabtu sungguh ramai “shoppers” berkeliaran di bandar Frankfurt yang kecil ini. Hari sabtu adalah hari kebiasaan saya membeli barangan dapur seperti sayur, ikan, daging rempah ratus, roti, susu, telur dan sebagainya.

Bandar Frankfurt sesak – salah satu sebabnya adalah kerana kebiasaan sabtu (yang lain) adalah hari berdemostrasi, hari menunjuk perasaan, hari berarak membawa sepanduk oleh pelbagai golongan dan kumpulan bagi meluahkan perasaan ketidakpuasan hati atau menuntut kerajaan membawa perubahan dan juga berarak untuk berpesta dan sebagainya – termasuklah Christopher Street Day (CSD) Parade.

Apa itu CSD?

CSD ialah acara tahunan yang disambut oleh golongan LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender) di seluruh bandar utama di Eropah bagi menuntut hak kesamarataan tanpa diskriminasi terhadap golongan mereka. Acara ini juga disebut sebagai Gay Pride atau Pride Parade di Switzerland dan Austria pula memanggilnya sebagai Rainbow Parade. Antara bandar utama yang menyaksikan perarakan terbesar golongan ini adalah di Cologne dan Berlin, Germany serta di Zurich, Switzerland.

[quote]Bagi memperingati peristiwa yang dipanggil Stonewall Riot dimana mereka telah di”serang” oleh polis di sebuah bar yang bernama Stonewall Inn yang terletak di Christopher Street di bandaraya New York.[/quote]

Kenapa dipanggil CSD

Ianya adalah sambutan ulang tahun bagi memperingati peristiwa perjuangan dan kebangkitan LGBT iaitu melalui peristiwa yang dipanggil Stonewall Riot dimana mereka telah di”serang” oleh polis di sebuah bar yang bernama Stonewall Inn yang terletak di Christopher Street di bandaraya New York.

Perarakan CSD terbesar adalah pada tahun 2002 di Cologne apabila ia berjaya menarik pengunjung seramai 1.2 juta orang bagi turut serta meraikan acara ini.

[quote]Saya pasti ramai golongan ini di Malaysia yang kini semakin lantang memperjuangkan hak mereka seteah mendapat sokongan dari orang politik[/quote]

Saya sertakan gambar-gambar manusia LGBT yang sempat saya rakamkan disini dan yang selebihnya boleh dilihat di Galeri Flickr saya.

Lebih banyak gambar menarik di Galeri Flickr saya

LGBT di Malaysia?

Saya pasti ramai golongan ini di Malaysia yang kini semakin lantang memperjuangkan hak mereka setelah mendapat sokongan dari orang politik. Harap-harap, jangan ada perarakan seperti ini di Malaysia.

Hmmmm..Entahlah, I Dont Know, I just dont want to talk politics here.

 

christopher street daycsdcsd frankfurt 2012frankfurt eventgay di eropahgay di malaysiagay in europegay paradegay pridegolongan gaygolongan lgbtlesbian malaysialgbt di eropahlgbt di malaysialgbt paradeperarakan gayperarakan lgbtrainbow parade in europe
Share

Believe It or Not  / Blog  / Events  / Knowledge  / Lifestyle  / Peoples  / Places  / Tips  / Travels

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

4 Comments


ladywindsor
24/07/2012 at 8:12 pm
Login to Reply

pada satu sisi, memang nampak sangat meriahlah kan kalau tak tahu asal usul sambutan ini..tapi kalau tahu..golongan inilah yang paling dilaknat..dan kat malaysia pun memang semakin bertambah bilangannya..kalau ada magic, saya bunuh pakai bygone spray dah depa ni..



    Khairul Abdullah
    24/07/2012 at 10:11 pm
    Login to Reply

    meriah tetapi sungguh memualkan. Hahaha….kalau nak pakai bygone spray tu tak yah ada magic..pegi jer sembur.. 🙂

Nobody
04/08/2012 at 6:30 am
Login to Reply

Apa nk jd dunia ni.
Tiada agama yg terima budaya ini.
Mereka ni ikutkan hasutan syaitan jer.
Amat menyedihkan bila tgk keadaan ini….
Malaysia pun mcm nk terpengaruh budaya yg x sihat ini.
Semoga Ramadan bg keinsafan pd mereka.



    Khairul
    04/08/2012 at 1:05 pm
    Login to Reply

    Aminnnn.

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved